fbpx

Masjid Wakaf Tembesu Selami Permasalahan Palestin

Masjid Wakaf Tembesu Selami Permasalahan Palestin

Masjid Wakaf Tembesu Selami Permasalahan Palestin

KUALA TERENGGANU, 8 Julai 2010 — HALUAN Terengganu terus mengorak langkah dengan mengadakan beberapa siri ceramah kesedaran permasalahan Palestin kepada masyarakat. Baru-baru ini, HALUAN Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu, telah mengadakan ceramah Palestin bertemakan “Menyelusuri Sekatan Tembok Maut Gaza” yang bertempat di Masjid Wakaf Tembusu kelmarin, seusai solat Maghrib.


Ceramah telah disampaikan oleh Pengerusi Biro HALUAN Palestin cawangan Terengganu, Tn. Mohd Jamil bin Muda. Sesi ceramah berlangsung selama satu jam antara waktu solat magrib dan isyak. Alhamdulillah, sekitar 150 ahli jemaah telah hadir memenuhi ruang masjid untuk mengikuti perkembangan terkini Gaza dan permasalahan Palestin. Ahli jemaah turut tidak mahu ketinggalan menghulurkan sumbangan melalui Tabung Palestin HALUAN. Alhamdulillah, sejumlah RM 3,500 berjaya dikutip pada malam tersebut.

Turut hadir pada malam tersebut, En Ghazali Ahmad yang mewakili kepimpinan HALUAN Terengganu dan Dr Azman bin Wahab, Pengerusi Kelab Kesihatan HALUAN Terengganu.

Dalam ucapan penutup majlis ceramah  tersebut, Tn Hj Draman bin Muda, Pengerusi AJK Masjid Wakaf Tembusu menyeru para jemaah untuk terus istiqamah membantu warga Gaza dan Palestin sama ada melalui sumbangan kewangan mahu pun doa.