fbpx

Posts Tagged: Humanitarian Missions

Gaza Dilanda Banjir

Gaza Dilanda Banjir

gazaflood-01GAZA, 13 Dis 2013 — Seramai 3,200 orang dari 500 keluarga di Gaza kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka dilanda banjir. Ratusan buah rumah dinaiki air berikutan hujan lebat dan angin kencang yang melanda wilayah terkepung itu. Selain daripada kerosakan akibat air banjir, kediaman mereka juga terjejas apabila atap-atap rumah dilanda angin kencang. Mereka kini …

HALUAN Salur Bantuan Musim Sejuk Untuk Pelarian Syria

HALUAN Salur Bantuan Musim Sejuk Untuk Pelarian Syria

abu-syria-01ANTAKYA, TURKI, 6 Dis 2013 — Keperitan dan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Syria sejak hampir tiga tahun lalu sekali lagi mendapat perhatian HALUAN Malaysia. Kehadiran relawan HALUAN Malaysia di kem pelarian di sempadan Turki dari 27 November hingga 4 Disember lalu merupakan kesinambungan misi membantu pelarian Syria meneruskan kehidupan. Bantuan amat mendesak, lebih-lebih lagi …

HALUAN Lancar Misi Kemanusiaan Banjir 2013

HALUAN Lancar Misi Kemanusiaan Banjir 2013

BANDAR BARU BANGI, 4 Disember 2013 – Bilangan mangsa banjir di beberapa negeri Semenanjung Malaysia semakin meningkat sejak semalam lagi. Menurut laporan portal Majlis Keselamatan Negara hari ini, hampir 14,123 mangsa telah dipindahkan dan 132 pusat pemindahan telah diaktifkan. Demi berbakti kepada mangsa banjir, HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaan telah melancarkan Misi Kemanusiaan Banjir 2013. …

Somalia: Dari Nairobi ke Garissa

Somalia: Dari Nairobi ke Garissa

NAIROBI, 12 Oktober 2013 – Musim Aidiladha 1434H telah berlalu dan sekali lagi HALUAN berbakti bagi pihak dermawan Malaysia yang ingin melaksanakan ibadah korban mereka demi menyantuni lebih setengah juta pelarian Somalia yang berlindung di kem-kem di timur laut Kenya. Pasukan relawan HALUAN yang terdiri daripada Irwan Affendi Md Naim, Ustaz Rijal Faiz Abd Malek …

KKH Santuni Masyarakat Desa di Baling

KKH Santuni Masyarakat Desa di Baling

baling-01BALING, 10 Nov 2013 – HALUAN terus menabur bakti kepada masyarakat desa dengan membawa profesionalisme kesihatan kepada mereka melalui program khidmat kemasyarakatan serta kem kesihatan. Perkhidmatan tersebut telah diadakan di Masjid Kampung Sungai Limau, Baling semalam bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Projek ini merupakan anjuran bersama HALUAN Cawangan Kedah dan Kementerian Kemajuan …

KKH Berbakti Kepada Yang Terpinggir di Sabah

KKH Berbakti Kepada Yang Terpinggir di Sabah

kkh-01LAHAD DATU, 10 Nov 2013 – Seramai 16 orang ahli Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) telah berbakti di daerah Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah dengan menjalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan dan rawatan perubatan secara percuma kepada penduduk miskin dan terpinggir di situ. Projek berkala yang berlangsung dari 1 hingga 5 November itu merupakan sebahagian daripada …

Misi Kemanusiaan Gaza Sumbangsih Rakyat Malaysia dan Indonesia

Misi Kemanusiaan Gaza Sumbangsih Rakyat Malaysia dan Indonesia

SEMENANJUNG GAZA, 20 Mei 2013 – Menjalankan misi dan berjuang di wilayah konflik tidak semudah berbicara dalam berdakwah atau menyampaikan tentang perjuangan di hadapan ribuan jamaah. Tidak semudah membalikkan telapak tangan dan tidak cukup sekadar dakwah teori. Perjuangan sambil berada di dalam wilayah konflik lebih berat apatah lagi jika berada di Semenanjung Gaza, Palestin. Uniknya …

Bantuan Berjaya Diagih ke Damaskus

Bantuan Berjaya Diagih ke Damaskus

BANDAR BARU BANGI, 9 Apr 2013 — Berjuta cinta dari kami di Malaysia dan Indonesia untuk saudara di Syria! Syukur kepada Allah SWT, amanah rakyat Malaysia dan Indonesia untuk membantu mangsa kekejaman rejim Bashar di sekitar wilayah Damaskus telah ditunaikan. Dengan bantuan relawan warga Syria dan pelarian Palestin di lapangan, bantuan itu berjaya diserahkan kepada …

HALUAN Berbakti di Daerah Kok Song, Selatan Myanmar

HALUAN Berbakti di Daerah Kok Song, Selatan Myanmar

RANONG, Thailand, 24 Mac 2013 – Dalam merealisasikan slogan Berakhlak, Mendidik dan Berbakti, HALUAN Malaysia melalui gandingan beberapa buah bironya telah menghantar seramai lima orang sukarelawan untuk mengendalikan Kursus Para Imam dan Guru Agama di Selatan Myanmar dan Selatan Thailand dengan kerjasama rakan-rakan HALUAN di Thailand dan SYURA cawangan Thailand. Kursus tersebut berlangsung dari 24 …

HALUAN Salur Bantuan Kecemasan Pasca Gencatan Senjata

HALUAN Salur Bantuan Kecemasan Pasca Gencatan Senjata

GAZA, 23 Nov 2012 — Serangan ganas tentera zionis ke atas rakyat Gaza kini reda berikutan persetujuan gencatan senjata yang ditaja oleh negara Mesir. Namun kesengsaraan penduduk Gaza tidak berakhir di sini. Kemusnahan infrastruktur awam, rumah kediaman, bank, bahkan pejabat-pejabat kerajaan sudah cukup memberi bayangan betapa beratnya cabaran dan kesengsaraan yang akan dihadapi oleh mereka. …