fbpx

HALUAN Berbakti di Daerah Kok Song, Selatan Myanmar

HALUAN Berbakti di Daerah Kok Song, Selatan Myanmar

HALUAN Berbakti di Daerah Kok Song, Selatan Myanmar

RANONG, Thailand, 24 Mac 2013 – Dalam merealisasikan slogan Berakhlak, Mendidik dan Berbakti, HALUAN Malaysia melalui gandingan beberapa buah bironya telah menghantar seramai lima orang sukarelawan untuk mengendalikan Kursus Para Imam dan Guru Agama di Selatan Myanmar dan Selatan Thailand dengan kerjasama rakan-rakan HALUAN di Thailand dan SYURA cawangan Thailand.

Kursus tersebut berlangsung dari 24 hingga 27 Mac di Masjid Al-Faizin, Ban Tha Chang (Kg Bagan Jelapang), Ranong Thailand. Menurut Ketua Misi HALUAN, Encik Abdul Halim Khudri, program ini adalah lanjutan daripada program Ibadah Qurban 2012 yang telah disempurnakan di Selatan Myanmar.

Seramai 35 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Di Pertua Majlis Agama Islam, Ranong, Thailand. Program telah diisi dengan ceramah, Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib dan bengkel.

Di antara resolusi yang dicapai ialah usahasama untuk membangunkan umat Islam di Pulau Dua, Selatan Myanmar yang merupakan puak minoriti yang kebanyakannya bertani, nelayan dan peniaga. Mereka adalah golongan minoriti yang ditindas oleh kerajaan Buddha Myanmar. Bantuan yang sedang direncanakan adalah di dalam bentuk dana, sumbangan tenaga pengajar, bahan-bahan bacaan, kemudahan infrastruktur Madrasah (Sekolah Agama Rakyat) dan lain-lain. HALUAN akan berusaha untuk menjayakannya dengan bantuan para dermawan dari Malaysia.

Disebabkan masalah pergolakan terbaru di daerah Mandalay di mana masjid dibakar dan pelajar Tahfiz dibunuh oleh pelampau ekstremis Buddha, rancangan untuk melawat ke Selatan Myanmar terpaksa dibatalkan demi keselamatan dan rombongan terpaksa memendekkan jadual kursus dan bertolak kembali ke Malaysia pada 26 Mac.

Di antara biro HALUAN yang terlibat dalam projek ini adalah Biro Misi Kemanusiaan, Biro Kebajikan, Biro Pendidikan dan Biro Dakwah & Outreach.


Laporan Abdul Halim Kudri, Biro Misi Kemanusiaan