Berita

Pelajar Mendapat Pendedahan Awal Aktiviti Dakwah

Pelajar Mendapat Pendedahan Awal Aktiviti Dakwah

SHAH ALAM, 28 Nov 2024 – Dakwah sering dianggap sebagai tugas yang berat dan membebankan oleh sebahagian masyarakat yang kurang memahami konsepnya. Sebagai langkah pertama untuk mengubah persepsi tersebut, aktivis HALUAN telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka dalam aktiviti dakwah di Sekolah Menengah Ibn Khaldun (SMIK) di sini semalam. SMIK adalah sebuah sekolah swasta yang …

HALUAN Teroka Kerjasama dengan JAIPk untuk Memperkasa Komuniti Orang Asli

HALUAN Teroka Kerjasama dengan JAIPk untuk Memperkasa Komuniti Orang Asli

IPOH, 27 Nov 2024 – Dalam usaha berterusan untuk memperkasakan dan membantu golongan terpinggir, HALUAN ini mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sini, semalam. Kunjungan tersebut adalah dalam rangka bertukar pandangan dan memperkukuhkan komitmen bersama untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi golongan asnaf dan masyarakat orang asli. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua …

HALUAN Dihargai atas Usaha Pengurusan Mualaf di Negeri Sembilan

HALUAN Dihargai atas Usaha Pengurusan Mualaf di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 21 Nov 2024 – Usaha gigih dan komitmen HALUAN Cawangan Negeri Sembilan dalam menyantuni mualaf telah mendapat penghargaan daripada kerajaan negeri, khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Penghargaan tersebut telah disampaikan dalam majlis perasmian Konvensyen Mualaf Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan di sini, semalam. Ketua Biro …

HALUANITA dan IESCO Bincang Bantuan Untuk Wanita Gaza

HALUANITA dan IESCO Bincang Bantuan Untuk Wanita Gaza

BANDAR BARU BANGI, 16 Nov 2024 – HALUANITA telah menerima kunjungan rasmi daripada wakil International Educational Scientific and Cultural Organization (IESCO) di Pejabat HALUANITA di sini semalam. Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan cadangan projek bantuan khusus untuk wanita Gaza. IESCO adalah sebuah institusi yang menyatukan usaha dalam memajukan pendidikan, sains, dan kebudayaan, dengan memanfaatkan kepakaran khusus …

Karnival Imaratul Masjid Tarik Komuniti Setempat

Karnival Imaratul Masjid Tarik Komuniti Setempat

KUALA TERENGGANU, 16 Nov 2024 – Karnival Imaratul Masjid yang berlangsung selama dua hari di Masjid Kampung Laut di sini berhasil menjadi platform memperkukuh hubungan masyarakat dengan institusi masjid. Dengan tema “Akal Sihat, Jiwa Sejahtera”, karnival berkenaan dipenuhi pelbagai aktiviti menarik termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, qiamullail, kuliah subuh dan maghrib, gotong royong, pameran kesihatan, dan …

HALUAN Sertai Latihan Pengurusan Bencana RANDEX 2024

HALUAN Sertai Latihan Pengurusan Bencana RANDEX 2024

BUKIT FRASER, 30 Okt 2024 – Sembilan wakil Biro Misi Kemanusian HALUAN telah menyertai latihan empat hari pengurusan bencana Rakan NADMA Disaster Emergency Exercise (RANDEX) 2024 di sini bermula 27 Oktober lepas. HALUAN Malaysia diketuai oleh Pengurus Pembangunan Program, Encik Mohd Jamil Muda, sebagai koordinator utama merangkap “subject matter expert” bagi kursus ini. RANDEX merupakan …

HALUAN Sertai Simposium Solusi Kesihatan Mental Anjuran YADIM

HALUAN Sertai Simposium Solusi Kesihatan Mental Anjuran YADIM

KUALA LUMPUR, 15 Okt 2024 – HALUAN telah mengambil bahagian dalam program Simposium Solusi Kesihatan Mental daripada Perspektif Dakwah (SMILED) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan YADIM Research Management Centre (YRMC) yang telah berlangsung di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini. Simposium tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai risiko penyakit mental, …

Komuniti Orang Asli Sg. Choh Terima Sumbangan dan Sokongan Pendidikan

Komuniti Orang Asli Sg. Choh Terima Sumbangan dan Sokongan Pendidikan

GERIK, 6 Okt 2024 – HALUAN telah mengadakan program kunjungan kasih ke kampung orang asli Sg. Choh di Ulu Kinta, dengan menyampaikan sumbangan berupa beras dan peralatan mengajar untuk kanak-kanak. Program ini disambut meriah oleh penduduk kampung, yang turut menyatakan penghargaan terhadap komitmen HALUAN membantu meningkatkan sosio-ekonomi mereka. Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Biro Kebajikan …

HALUAN Sertai Forum Serantau YAPEIM 2024

HALUAN Sertai Forum Serantau YAPEIM 2024

PUTRAJAYA, 2 Okt 2024 – HALUAN telah menyertai Forum Serantau YAPEIM 2024 (FSY2024) yang berlangsung di sini bertujuan membincangkan cabaran ekonomi semasa dalam konteks ekonomi Islam serta merancang strategi bagi memperkasakan ekonomi umat. Forum dua hari bermula 1 Oktober itu dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan ditaja oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). …

Pertubuhan ALIF Sumbang Buku Untuk Program Dakwah HALUAN

Pertubuhan ALIF Sumbang Buku Untuk Program Dakwah HALUAN

BANDAR BARU BANGI, 30 Sept 2024 – Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman menerima sumbangan 150 naskah buku “Muhammad The Messenger: Life & Challenges” daripada Presiden Pertubuhan ALIF, Dr. Mohamed Sabir Jamaludin di ibu pejabat HALUAN di sini pagi tadi. Majlis serahan turut dihadiri oleh Pengurus Pembangunan Program HALUAN, Encik Mohd Jamil Muda. Menurut …