fbpx

Karnival Imaratul Masjid Tarik Komuniti Setempat

Karnival Imaratul Masjid Tarik Komuniti Setempat

Karnival Imaratul Masjid Tarik Komuniti Setempat

KUALA TERENGGANU, 16 Nov 2024 – Karnival Imaratul Masjid yang berlangsung selama dua hari di Masjid Kampung Laut di sini berhasil menjadi platform memperkukuh hubungan masyarakat dengan institusi masjid.

Dengan tema “Akal Sihat, Jiwa Sejahtera”, karnival berkenaan dipenuhi pelbagai aktiviti menarik termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, qiamullail, kuliah subuh dan maghrib, gotong royong, pameran kesihatan, dan program kanak-kanak Mini Kem Anak Soleh.

Salah satu acara utama ialah program pemeriksaan kesihatan, hasil kerjasama HALUAN Terengganu dan Persatuan Kesihatan Barakah Malaysia (BCare). Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada 74 peserta terdiri daripada pemeriksaan tujuh pesakit di rumah dengan 2 kes dirujukkan ke hospital serta pemeriksaan umum terhadap 46 dewasa dan 21 pelajar, masing-masing dengan satu kes rujukan.

Program pemeriksaan kesihatan ini dijayakan dengan khidmat 11 orang sukarelawan BCare yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran dan mutu perkhidmatan kesihatan untuk peserta.

Selain pemeriksaan kesihatan, Ceramah Kesedaran Kesihatan telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan Pakar Perunding Psikiatri dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Dr. Ahmad Zabidin Zakaria. Ramai peserta tertarik perhatian dengan topik berkaitan kesejahteraan mental dan spiritual yang seringkali diabaikan.

Karnival tersebut bukan sahaja memberi manfaat rohani malah meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan kesejahteraan seisi keluarga. Semoga program seperti ini dapat diteruskan bagi membina komuniti yang sihat, harmoni dan berdaya maju.


Laporan Nur Izzati Mat Noor
Ketua Media HALUAN Terengganu