Berita

TOP 2018 Siagakan Doktor Muslim

TOP 2018 Siagakan Doktor Muslim

BANGI, 18 Nov 2018 – Biro Kesihatan HALUAN telah menganjurkan bengkel Transition Orientation Programme (TOP) semalam untuk 20 orang peserta terdiri daripada graduan perubatan dan pergigian seluruh negara. Antara objektif bengkel di Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur, Bangi ini adalah untuk mendedahkan tugas, peranan dan survival sebagai HO dan NDO dalam sistem kesihatan di Malaysia …

Kem Smart Solat Sg Raba, Perak

Kem Smart Solat Sg Raba, Perak

SUNGAI RABA, GERIK, 15 Nov 2018 – HALUAN cawangan Pulau Pinang sekali lagi telah tampil membantu usaha dakwah kepada orang asli di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Perak dengan membantu melaksanakan program Kem Ibadah Pelajar (Smart Solat) Sekolah RPS Air Banun di sini. Pihak HALUAN telah dijemput menjayakan program tersebut khusus untuk pelajar asrama …

Berkesan Kem PESONA Kelantan 2018‎

Berkesan Kem PESONA Kelantan 2018‎

BACHOK, 8 Nov 2018 – Kem pembentukan sahsiah dan kematangan remaja perempuan bergelar Kem ‎Personaliti Remaja (PESONA) telah menarik lebih 30 peserta sekitar Kelantan untuk hadir. Kem selama tiga hari dua malam bermula 8 November ‎bertempat di Kem Sri Chap, Bachok, Kelantan itu diuruskan oleh HALUAN Kelantan demi mempersiapkan anak-anak muda sekolah untuk memahami realiti …

Lepasan SPM? Cepat Daftar iJDK – Bawa henfon

Lepasan SPM? Cepat Daftar iJDK – Bawa henfon

BANDAR BARU BANGI, 1 Nov 2018 – Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (iJDK) kembali bertamu. Terus mengekalkan pendekatan siri yang lepas dengan penambahbaikan yang lebih mantap. Rugi tak sertai sebelum memasuki universiti. Bertemakan ‘Interaksi Alam, Kenali Masyarakat dan Tingkatkan Kemahiran Diri Seiring Teknologi’, kem kesukarelawanan remaja khas untuk lepasan SPM/STPM terus menjadi wadah pilihan. …

Hadiahkan Rumah HALUAN Prihatin di Sulawesi

Hadiahkan Rumah HALUAN Prihatin di Sulawesi

DONGGALA, SULAWESI, 1 Nov 2018 – Gendang derma ikhlas sudah dipalu. HALUAN melalui kerjasama NGO tempatan PKPU di sini telah mengenalpasti beberapa kawasan yang akan dibangunkan rumah sementara untuk mangsa bencana gempabumi dan tsunami yang melanda kepulauan besar ini pada 28 September lepas. Data menunjukkan hampir 68,451 keluarga telah hilang tempat tinggal dan kini terpaksa …

Tinjau Tapak Pertanian Kampung Orang Asli

Tinjau Tapak Pertanian Kampung Orang Asli

AIR BANUN, GERIK, 28 Okt 2018 – HALUAN cawangan Pulau Pinang sedia membantu aktiviti pertanian kelompok orang asli di Kampung Air Banun di sini sebagai inisiatif mempertingkatkan pendapatan penduduk kampung berkenaan. Semalam sepasukan tiga orang sukarelawan HALUAN telah meninjau kawasan kampung berkenaan demi mengenalpasti cabaran yang bakal dihadapi oleh penduduk sekiranya projek berkenaan dijalankan. Mereka …

Sukarelawan Misi Kemanusiaan Sulawesi Bantu Mangsa Kemalangan Bas

Sukarelawan Misi Kemanusiaan Sulawesi Bantu Mangsa Kemalangan Bas

DONGGALA, 23 Okt 2018 – Selepas dilanda bencana gempa bumi dan tsunami hampir sebulan lalu, keadaan di Sulawesi Tengah kini secara umumnya beransur pulih di mana aktiviti harian penduduk dan kegiatan ekonomi mulai bergerak di tengah-tengah kemusnahan. Kira-kira jam 6:00 pagi tadi, pasukan relawan HALUAN dan PKPU dikejutkan oleh penduduk tempatan dengan berita kemalangan sebuah …

HALUAN Bergandingan Dengan NGO Brunei dan Indonesia, Agih Makanan Untuk Mangsa Gempa

HALUAN Bergandingan Dengan NGO Brunei dan Indonesia, Agih Makanan Untuk Mangsa Gempa

DONGGALA, SULAWESI, 20 Okt 2018 — Pasukan Kedua Misi Kemanusiaan Sulawesi HALUAN hari ini bergembeling tenaga dengan NGO tempatan Indonesia, PKPU Human Initiative, serta NGO dari Brunei Darussalam, WeCare, bagi mengagihkan bekalan makanan dan keperluan asas lain kepada mangsa gempa di sekitar kota Donggala secara lebih berkesan. Sebagai sebuah NGO tempatan yang berpengalaman serta aktif …

JAIP Serah Kutipan Awal Bantuan Mangsa Gempa di Sulawesi

JAIP Serah Kutipan Awal Bantuan Mangsa Gempa di Sulawesi

BENTONG, 18 Okt 2018 — Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) hari ini menyerahkan kutipan awal tabung bantuan rakyat Pahang bagi membantu mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah. Penyerahan telah disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad I, Ustaz Mohd Fadzil bin Mohd Saman, yang mewakili Pengarah JAIP, Dato’ Haji Syed …

Dana Sumbangan Rakyat Malaysia Bekalkan Air Bersih Untuk Mangsa Bencana di Donggala

Dana Sumbangan Rakyat Malaysia Bekalkan Air Bersih Untuk Mangsa Bencana di Donggala

DONGGALA, SULAWESI, 17 Okt 2018 – Pasukan relawan HALUAN yang sedang membantu dan menyantui mangsa-mangsa gempa dan tsunami di sini mendapati sesetengah pusat pemindahan masih belum menerima bekalan air bersih yang mencukupi, selepas hampir tiga minggu dilanda bencana besar itu. Bekalan air bersih menjadi sangat kritikal dalam suasana bencana seperti ini. Menurut Pak Ari, 35, …