fbpx

Sukarelawan Misi Kemanusiaan Sulawesi Bantu Mangsa Kemalangan Bas

Sukarelawan Misi Kemanusiaan Sulawesi Bantu Mangsa Kemalangan Bas

Sukarelawan Misi Kemanusiaan Sulawesi Bantu Mangsa Kemalangan Bas

DONGGALA, 23 Okt 2018 – Selepas dilanda bencana gempa bumi dan tsunami hampir sebulan lalu, keadaan di Sulawesi Tengah kini secara umumnya beransur pulih di mana aktiviti harian penduduk dan kegiatan ekonomi mulai bergerak di tengah-tengah kemusnahan.

Kira-kira jam 6:00 pagi tadi, pasukan relawan HALUAN dan PKPU dikejutkan oleh penduduk tempatan dengan berita kemalangan sebuah bas yang membawa 40 penumpang di Jalan Tanjaka Ganti, Donggala. Semua penumpang adalah mangsa-mangsa gempa bumi yang kembali ke kampung halaman mereka di Donggala dan Palu, setelah berpindah sementara ke kota Makassar di Sulawesi Selatan ketika bencana melanda.

Sekolah sudah dibuka semalam, jadi saya perlu pulang mengajar,” kata salah seorang mangsa kemalangan, Hasnah Mohamad. Beliau adalah seorang guru di Sekolah Dasar Banawa di Donggala.

Menurut seorang lagi mangsa, Mohd Rajim, bas terbabit sedang dalam perjalanan dari Sinjai di Sulawesi Selatan menuju ke Kota Palu. “Saya mengungsi di Makassar, naik motor empat hari ke sana. Sekarang mahu pulang ke Palu. Sudah dua hari dua malam berada dalam bas ini,” kata Mohd Rajim, 27.

Bas yang mengalami masalah mekanikal itu terundur ke belakang ketika mendaki bukit, dan hampir menjunam ke dalam parit. Beberapa orang penumpang mengalami kecederaan ringan, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Semua mangsa telah dibantu menginap sementara di pusat koordinasi (POSKO) PKPU di Donggala.

Dalam perkembangan berkaitan, angka rasmi Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia pada hari Ahad lalu mencatat 2,256 kematian, manakala 1,309 yang lain hilang.

Seramai 223,751 mangsa terpaksa berteduh di penempatan-penempatan dan khemah sementara. Selain bantuan keperluan asas yang mendesak, mereka juga amat memerlukan usaha pemulihan psikososial dan trauma.

Menurut Ketua Misi Kemanusiaan Sulawesi HALUAN yang masih berada di lapangan, Mohd Jamil Muda, HALUAN akan meneruskan misi bantuan di Sulawesi dengan memberi fokus utama kepada penempatan sementara, pembinaan telaga tiub serta bekalan air bersih, dan juga sanitasi. “Musim hujan akan tiba di wilayah ini, jadi mereka amat memerlukan tempat menginap sementara dan khemah,” kata beliau.

Anda boleh turut membantu melalui pautan berikut:

RM314,469 of RM300,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00

Atau

Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik
562263502611
Whatsapp [Nama, #Sulawesi & resit] ke http://www.wasap.my/60103005141


Laporan mediaHALUAN