fbpx

Lepasan SPM? Cepat Daftar iJDK – Bawa henfon

Lepasan SPM? Cepat Daftar iJDK – Bawa henfon

Lepasan SPM? Cepat Daftar iJDK – Bawa henfon

BANDAR BARU BANGI, 1 Nov 2018 – Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (iJDK) kembali bertamu. Terus mengekalkan pendekatan siri yang lepas dengan penambahbaikan yang lebih mantap. Rugi tak sertai sebelum memasuki universiti.

Bertemakan ‘Interaksi Alam, Kenali Masyarakat dan Tingkatkan Kemahiran Diri Seiring Teknologi’, kem kesukarelawanan remaja khas untuk lepasan SPM/STPM terus menjadi wadah pilihan.

i-JDK yang akan berlangsung selama sembilan hari dari 15–23 Disember ini akan berjalan secara serentak di lapan zon seluruh negara dengan aktiviti yang makin menarik. Terbaik adalah yurannya tetap kekal RM550 untuk seorang peserta sejak tahun 2009 lagi:

Zon 1 : Perlis, Kedah
Kem Sintok, UUM

Zon 2 : P.Pinang, Perak
Batu Ampar Resort, Kuala Kangsar

Zon 3 : W.P. KL, Selangor
Kem Bumi Jati, Kelang

Zon 4: W.P Putrajaya, N9, Melaka
Kem Sri Perkasa, Mantin

Zon 5: Johor
Kem Tiram Indah Village, Ulu Tiram

Zon 6: Pahang, Terengganu
Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, Pekan

Zon 7: Kelantan
Kem Sri Chap, Bachok

Zon 8: Sabah, Sarawak
Pusat Latihan Islam, Lahad Datu

Untuk itu, HALUAN menggesa semua bakal lepasan peperiksaan SPM/STPM nanti untuk cepat daftar dan sertai kem serba menarik ini. Inilah peluang keemasan terbaik untuk setiap peserta bersiap sedia untuk melangkah masuk ke menara gading. Jika sudah teruja, terus daftar di pautan ini: http://i-jdk.haluan.org.my

Di dalam dunia tanpa sempadan hari ini, elemen jati diri atau survival menjadi teras kepada semua manusia. Jika jati dirinya kukuh, maka kemampuan seseorang individu dalam menghadapi cabaran akan lebih lestari, mampu hadapinya secara tenang dan sistematik. Kekentalan ini sebenarnya lahir daripada asas yang terbentuk di setiap peralihan zaman setiap individu. Soalnya – apakah persediaan yang dibuat sebelum anda melangkah masuk ke IPT? Tiada?
Asas pengukuhan iman dan amal yang kemudiannya mencorak nilai ketaqwaan penting bagi individu muslim. Begitu juga dengan rakan-rakan not yet muslims kita, sentuhan kejiwaan yang diserap daripada nilai murni kekeluargaan di rumah itulah yang akan mencorak ketahanan diri remaja khususnya bila sudah berjauhan.

Aspek kesukarelawanan adalah nilai tambah yang paling berharga bagi bakal mahasiswa hari ini. Ini kerana, dengan jiwa kesukarelawananlah sifat suka membantu, prihatin, cakna, menyebarkan bakti dan mengungguli akhlak yang cemerlang dapat dijiwai dalam kehidupan.

Zaman sekarang, makin ramai majikan mengeluh kerana ciri-ciri tersebut sukar dicari di kalangan bakal pekerja mereka. Kita tidak mampu untuk mengenepikan keperluan kepada ciri-ciri kesukarelawanan dalam diri para remaja khasnya. Dunia hari ini penuh dengan krisis yang perlu dibantu dan diuruskan oleh para sukarelawan. HALUAN antara yang terkehadapan.

i-JDK akan memperkukuhkan elemen jati diri & kesukarelawanan dengan tambahan aktiviti interaksi alam, aktiviti kemasyarakatan serta penggunaan telefon pintar yang lebih bermakna. Kami meminta semua peserta membawa telefon mereka kerana ada aktiviti yang memerlukan input dan koloborasi teknologi yang pantas. Berikut adalah modul yang bakal dilalui oleh para peserta :

Kandungan Kursus

  1. Modul Anjakan Paradigma
  2. Modul Kemantapan Kendiri dan Profesional
  3. Modul Kemahiran Kepimpinan Kemasyarakatan
  4. Modul Dakwah Outreach
  5. Modul Kemahiran Khidmat Masyarakat
  6. Modul Asas Kewanitaan
  7. Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi
  8. Modul Baitul Muslim
  9. Modul Kolej Teknologi Darulnaim & IPTIPS

Menurut Pengarah i-JDK, Prof. Madya Dr. Ir. Solehuddin Shuib, “i-JDK ini dirancang agar para peserta dapat menggunakan kemudahan peranti pintar mereka sebaik mungkin untuk manfaat jati diri dan membentuk pecutan kesukarelawanan dalam diri.” Para peserta juga akan melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan kemasyarakatan, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), permainan serta kemahiran berinteraksi dalam kumpulan dan individu serta keberanian memimpin.

Kepada ibubapa, kami sarankan hantarlah anak anda ke kem penuh bermakna ini. Model HALUAN yang merupakan kursus perintis sejak tahun 2009 ini telah berjaya melahirkan ramai graduan serta intelek yang bermutu tinggi baik dari segi kemampuan profesional mahupun integriti. Memang terbukti.

Sasaran kami selaku NGO berdaftar yang aktif mendidik masyarakat ke arah kebaikan adalah menghasilkan mahasiswa dan mahasiswi yang berketerampilan dan tinggi iman mereka. Juga agar mereka mampu membawa jati diri dan semangat kesukarelawanan di dalam diri sesuai dengan keperluan peradaban manusia dan cakna dengan isu-isu kemanusiaan di sekeliling mereka.

Jangan tunggu lagi. Tempat di setiap zon adalah terhad.
Daftar segera secara online di: http://i-jdk.haluan.org.my

Sebarangan pertanyaan tambahan sila hubungi hotline kami di: +6019 222 7913


Laporan mediaHALUAN