Posts by: admin

Prejudis Perlu Dikikis

Prejudis Perlu Dikikis

PUTRAJAYA, 24 Dis 2012 – Muslimin-muslimat digesa membuang sikap prejudis yang menebal serta perlu mula berkawan dengan kaum India beragama Hindu untuk mendekatkan mereka kepada Islam. Kaum itu tidak mendapat gambaran sebenar mengenai Islam maka perlulah orang Melayu Islam mengambil peluang mendekati mereka secara berhikmah. Itu adalah beberapa kesimpulan yang dibuat semasa forum Jom Cerita …

Relawan HALUAN Memasuki Sittwe di Myanmar

Relawan HALUAN Memasuki Sittwe di Myanmar

SITTWE, MYANMAR 28 Dis 2012 – Pasukan Biro Misi Kemanusiaan HALUAN berjaya tiba di Sittwe, Myanmar untuk menyantuni para mangsa keganasan penghapusan etnik di sini. Pasukan yang diketuai oleh Encik Abdul Halim Kudri dan disertai oleh wartawan mediaHALUAN Encik Umar Ismail itu terkandas beberapa hari di Yangoon sebelum mendapat kebenaran memasuki zon konflik tempat persembelihan …

Anak Bajau Laut Miskin Disantuni KKH

Anak Bajau Laut Miskin Disantuni KKH

KUNAK, SABAH 24 Dis 2012 – Seramai 111 orang kanak-kanak keturunan Bajau Laut serta 142 orang ibubapa dan ahli keluarga mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan percuma selama dua hari mulai 22 Disember di Kampung Kaboq yang dilaksanakan oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH). Kanak-kanak tersebut adalah yang mengikuti Kelas Bimbingan Insan (KBI) di situ. KBI dibangunkan …

HALUAN Kelantan Tinjau Dan Rawat Mangsa Banjir

HALUAN Kelantan Tinjau Dan Rawat Mangsa Banjir

PASIR MAS, KELANTAN 28 Dis 2012 — Lebih 6,000 mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di seluruh negeri Kelantan sehingga pukul 9.00 malam, 26 Disember. Pasir Mas merupakan daerah yang paling teruk dilanda banjir dengan pemindahan seramai 4,225 penduduk. Dengan mengambilkira faktor ini, HALUAN Kelantan memutuskan untuk menumpukan misi bantuan banjir di daerah Pasir …

SUPER 2012 Terima Peserta ‘Walk-In’

SUPER 2012 Terima Peserta ‘Walk-In’

MELAKA, 27 Dis 2012 – Masih tidak terlambat untuk usahawan muda dan veteran menyertai “Seminar Usahawan, Profesional dan Koperasi 2012” (SUPER ’12) yang akan berlangsung di Hotel Permaisuri MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 28 dan 29 Disember 2012 ini di mana sekitar 200 orang peserta dijangka hadir. Seminar yang bertemakan “Sinergi Usahawan & Profesional Ke …

BHP Sertai Karnival TV Al Hijrah

BHP Sertai Karnival TV Al Hijrah

KUALA LUMPUR, 24 Dis 2012 – Terasa kemeriahan dan keghairahan semangat masyarakat dengan isu Palestin bersempena Karnival Demi Palestin anjuran TV Al Hijrah di perkarangan utamanya di sini. Karnival sehari suntuk itu, antara lain, ingin membawa ke tengah penglibatan NGO-NGO yang aktif melaksanakan aktiviti serta kempen kesedaran mengenai isu Palestin serta penentangan rakyat Malaysia berbilang …

Mahasiswa dan Wargakerja UM Cakna Palestin

Mahasiswa dan Wargakerja UM Cakna Palestin

KUALA LUMPUR, 24 Dis 2012 – Serahan pertama kutipan derma untuk Palestin oleh para mahasiswa dan wargakerja Universiti Malaya mencerminkan keluruhan sifat dan nurani kemanusiaan warga kampus tertua di negara itu bila RM2,111.35 berjaya disumbangkan kepada Tabung Palestin HALUAN pada 19 Disember di pejabat Kor Suksis UM. Penyerahan kutipan pertama itu dibuat oleh Koperal Abidin …

Perpustakaan Negara Prihatin Nasib Anak-Anak Gaza

Perpustakaan Negara Prihatin Nasib Anak-Anak Gaza

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengambil berat tentang nasib yang dialami oleh anak-anak Gaza dalam berhadapan dengan kekejaman berterusan dan serangan zalim rejim Zionis. Menyedari tanggungjawab kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza, PNM telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Untuk Kanak-kanak Gaza yang akan digerakkan di semua lokasi PNM di seluruh negara selama sebulan. …

KKH Berlepas ke Sabah Rawati Penduduk Miskin

KKH Berlepas ke Sabah Rawati Penduduk Miskin

SEPANG, 21 Dis 2012 – Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) telah menghantar misinya untuk menyantuni masyarakat desa yang kurang berkemampuan di Sabah demi mempertingkatkan tahap kesihatan mereka. Satu pasukan 10 orang berlepas dari LCCT di sini semalam dengan penyertaan pasukan bedah dan pasukan pemeriksaan mata. Rombongan diketuai oleh Dr Zamrin Dimon yang juga Ketua Biro Profesional …

Penceramah Gaza Jelajah Utara

Penceramah Gaza Jelajah Utara

SEBERANG PERAI, 18 Dis 2012 – “Kerajaan Gaza tidak pernah dan tidak akan bersekongkol dengan Amerika Syarikat (AS) sampai bila-bila!”. Demikian penegasan yang dibuat oleh Sheikh Ibrahim Saqar Ismail az-Za’im di Surau Taman Pauh Jaya untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang ahli kariah surau pada malam Isnin. Sheikh Ibrahim Saqar, wartawan stesen TV …