fbpx

KKH Berlepas ke Sabah Rawati Penduduk Miskin

KKH Berlepas ke Sabah Rawati Penduduk Miskin

KKH Berlepas ke Sabah Rawati Penduduk Miskin

SEPANG, 21 Dis 2012 – Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) telah menghantar misinya untuk menyantuni masyarakat desa yang kurang berkemampuan di Sabah demi mempertingkatkan tahap kesihatan mereka.

Satu pasukan 10 orang berlepas dari LCCT di sini semalam dengan penyertaan pasukan bedah dan pasukan pemeriksaan mata. Rombongan diketuai oleh Dr Zamrin Dimon yang juga Ketua Biro Profesional HALUAN dan disertai oleh Ketua Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Dr Wan Muhaizan Wan Mustafa. Turut bersama dalam rombongan tersebut adalah dua orang pakar mata iaitu Dr Noram Azlan Ramli dan Prof Madya Dr Mohtar Ibrahim, Dr Adnan Khan, Dr Nurahan Maning, Encik Khairul Miza Hamzah dan Encik Aizam Ariff selaku Pembantu Perubatan (MA). Mereka akan dibantu oleh 20 orang kakitangan daripada Hospital Daerah Kunak.

Di Hospital Kunak, pasukan di bawah Dr Zamrin dan Dr Adnan akan melakukan acara sunathon beramai-ramai selama dua hari untuk 60 orang kanak-kanak miskin dan terpinggir. Di samping tu, pemeriksaan mata dan kesihatan umum untuk kanak-kanak Kelas Bimbingan Insan di situ akan dilaksanakan oleh doktor pakar dan MA berkenaan bagi memulakan rekod Kad Perubatan kanak-kanak di situ. Mereka akan diberikan vitamin serta ubat mencegah serangan cacing.

“Kami mensasarkan pemeriksaan sekitar 250 kanak-kanak sepanjang dua hari kami di Kampung Kabok. Manakala pemeriksaan dan rawatan kesihatan untuk orang dewasa akan dibuat untuk 100 orang selama dua hari di kampung yang sama dan juga di Pulau Mabul,” jelas Dr Wan Muhaizan semasa ditemui oleh mediaHALUAN.

Projek tersebut dibolehkan dengan adanya geran khas yang ditawarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.