HALUAN

Keprihatinan Kariah Masjid BBU Menyentuh Hati Syeikh Omar.

Keprihatinan Kariah Masjid BBU Menyentuh Hati Syeikh Omar.

“Dr Baha, tahun ni bila imam Palestin akan tiba?” sapa Encik Yahya pada suatu malam selepas solat isyak awal bulan Syaaban. Spontan saya menjawab sambil bersalam mesra dengan beliau, “Subhanallah! Insyallah, nanti saya akan hubungi semula.” Ketika itu, HALUAN masih dalam proses untuk membawa para hafiz untuk Program Ramadan Bersama Huffaz 1434H dan belum ada …

HALUAN  Terus Bina Jaringan Antarabangsa

HALUAN Terus Bina Jaringan Antarabangsa

BANDAR BARU BANGI, 21 Julai 2013 — Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) terus melebarkan capaiannya merentasi sempadan geografi, budaya dan bahasa dengan aktiviti-aktiviti pendidikan, kebajikan dan kemanusiaan di luar negara. Penglibatan ahli-ahli dan sukarelawan HALUAN dalam program-program yang dilaksanakan merupakan menifestasi moto ‘Berakhlak, Mendidik dan Berbakti’ dan merupakan bukti kemampuan HALUAN menyantuni masyarakat …

HALUAN Terima Sumbangan JAKIM

HALUAN Terima Sumbangan JAKIM

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2013 — Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) adalah salah sebuah daripada 58 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menerima bantuan kewangan daripada JAKIM pada Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada NGO Islam 2013 hari ini. Majlis yang berlangsung serentak dengan Majlis Pelancaran Majalah Dan Risalah Braille Terbitan JAKIM itu disempurnakan …

Ramadhan Against the Siege of Gaza : Operasi Sembako Untuk Gaza

Ramadhan Against the Siege of Gaza : Operasi Sembako Untuk Gaza

3 Julai 2013 — Penguasa tentera Mesir yang merampas kuasa kerajaan Presiden Muhammad Morsi bertindak menutup ketat pintu Rafah, satu-satunya jalan keluar-masuk bagi rakyat Gaza. Tindakan ini menyebabkan penduduk wilayah yang dikepung sejak tahun 2006 itu semakin tersempit dan menderita. Mereka bukan sahaja kekurangan bekalan keperluan asas, bahkan terpaksa berhadapan dengan harga barangan keperluan yang …

Ramadhan Bersama Huffaz 1434H : Bersatu dan Berkorban Membela Umat Islam

Ramadhan Bersama Huffaz 1434H : Bersatu dan Berkorban Membela Umat Islam

BANGI, 6 Julai – Program Ramadhan Bersama Huffaz 1434H anjuran HALUAN Malaysia telah dilancarkan secara rasmi di Dewan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini, bersamaan 28 Syaaban 1434H. Majlis yang disempurnakan oleh Presiden HALUAN Malaysia, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, itu turut disertai oleh para huffaz terpilih dari Palestin, Syria, Somalia …

Ucapan Dasar Presiden HALUAN – Mesyuarat Tahunan Perwakilan Ke-24 Tahun 2013

Ucapan Dasar Presiden HALUAN – Mesyuarat Tahunan Perwakilan Ke-24 Tahun 2013

MESYUARAT TAHUNAN PERWAKILAN KE-24 TAHUN 2013 PERTUBUHAN HIMPUNAN LEPASAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA “MEMBANGUN HIMMAH MENYEMARAKKAN AMAL” السلام عليكم ورحمة الله وبركاته PENDAHULUAN 1.0 Umat Islam kini di Malaysia atau di dunia menghadapi cabaran yang berbagai. Dari segi politik mereka berpecah, dari segi sosial tidak menampakkan perpaduan malah dibebani dengan masalah seperti penyalahgunaan dadah, zina, rogol …

Ramadhan Bersama Huffaz 1434H : Kumpulan Pertama Huffaz Selamat Tiba

Ramadhan Bersama Huffaz 1434H : Kumpulan Pertama Huffaz Selamat Tiba

SEPANG, 3 Julai 2013 – Kumpulan pertama imam huffaz dari empat buah negara yang akan menjayakan Program Huffaz Ramadhan 1434H anjuran HALUAN Malaysia telah selamat tiba. Mereka merupakan sebahagian daripada para imam yang didatangkan dari Palestin, Syria, Somalia dan Kemboja sempena bulan Ramadhan kali ini. Tiga orang huffaz dari Gaza iaitu Syeikh Muhammad Al-Khillu, Syeikh …

MDKL Terus Prihatin Terhadap Golongan Yang Memerlukan

MDKL Terus Prihatin Terhadap Golongan Yang Memerlukan

BANDAR BARU BANGI, 2 Julai 2013 – Warga kerja Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) terus merealisasikan kasih sayang dan keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan. Dalam kunjungan silaturahim buat kali kedua ke Ibu Pejabat HALUAN di sini, wakil-wakil MDKL telah menyampaikan sumbangan ikhlas berbentuk wang beserta pakaian dan barangan terpakai bagi menjayakan program-program bantuan kebajikan dan …

Persediaan Alam Kerjaya & Rumah Tangga di HAK 2013

Persediaan Alam Kerjaya & Rumah Tangga di HAK 2013

KAJANG, 30 Jun 2013 — Seramai 46 peserta telah berjaya mengikuti program Hijrah Alam Kerjaya 2013 (HAK’13) yang diadakan di pejabat HALUAN Cawangan Selangor semalam. Program HAK’13 pada kali ini memberi fokus khas kepada pemuda dan pemudi yang bakal atau baru berhijrah dari alam pelajar kepada alam pekerjaan dan perkahwinan. Membawa tema “Memperkasa Himmah, Membangun …

SUPER’13 Bakal Merangka Tindakan Bersepadu

SUPER’13 Bakal Merangka Tindakan Bersepadu

20 Jun 2013 – “Seminar Usahawan, Profesional dan Koperasi 2013 (SUPER’13) yang akan berlangsung di Dewan Utama, Bangunan HALUAN Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 29 dan 30 Jun 2013 ini menjangkakan kehadiran sekitar 80 orang peserta di kalangan ahli HALUAN dari seluruh Malaysia. Seminar ini dikendalikan bersama secara bersepadu terdiri daripada Biro Ekonomi HALUAN …