fbpx

HALUAN Terima Sumbangan JAKIM

HALUAN Terima Sumbangan JAKIM

HALUAN Terima Sumbangan JAKIM

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2013 — Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) adalah salah sebuah daripada 58 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menerima bantuan kewangan daripada JAKIM pada Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada NGO Islam 2013 hari ini.

Majlis yang berlangsung serentak dengan Majlis Pelancaran Majalah Dan Risalah Braille Terbitan JAKIM itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Seminar Aras 1, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur.

Dato’ Seri Jamil Khir berkata, jumlah bantuan yang diagihkan adalah berdasarkan aktiviti yang dikemukakan oleh NGO-NGO terbabit serta kemampuan gerak kerja masing-masing.

“Bantuan-bantuan ini diberikan bertujuan membantu menggerakkan aktiviti dan menyemai semangat perpaduan di kalangan[1] masyarakat Islam di Malaysia,” katanya lagi.

HALUAN diwakili oleh Timbalan Presiden, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abu Azam Md Yassin yang menerima replika cek berjumlah RM120,000 daripada Dato’ Seri Jamil Khir pada majlis tersebut. Dato’ Abu Azam turut diiringi oleh Naib Presiden 2, Sr. Mohd Sabbri Md Yudin dan SUK Biro Pemuda, Encik Muhd Ridha Abdul Ghani.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Othman Mustapha dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, Encik Razali Shahabudin.


Laporan mediaHALUAN