fbpx

Posts Tagged: Misi Kemanusiaan

Komuniti Rohingya di Malaysia Iftar Bersama

Komuniti Rohingya di Malaysia Iftar Bersama

SERI KEMBANGAN, 8 Jun 2018 – Komuniti Rohingya sekitar Seri Kembangan telah berkumpul di Rohingya Community Educare Center (RCEC) kelolaan HALUAN semalam dalam majlis berbuka puasa yang julung-julung kalinya diadakan di situ. Lebih kurang 40 orang ibubapa dan 30 orang kanak-kanak telah hadir ke majlis berkenaan. RCEC merupakan sebuah pusat komuniti dan pendidikan bagi pelarian …

HALUAN Teruskan Pendidikan di Kem Pelarian Rohingya

HALUAN Teruskan Pendidikan di Kem Pelarian Rohingya

SEPANG, 24 Feb 2018 – HALUAN telah menghantar satu lagi pasukan pada hari ini ke Kem Pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh. Pasukan yang diketuai sendiri oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman berserta dua lagi ahli HALUAN ini membawa misi pendidikan untuk dilaksanakan di kem tersebut di samping beberapa lagi projek pembinaan telaga …

HALUAN Agih Bijih Benih Untuk Rohingya

HALUAN Agih Bijih Benih Untuk Rohingya

BANGLADESH, 5 Dis 2017 — HALUAN telah mengedarkan bijih benih sayuran kepada100 orang keluarga pelarian Rohingya di Kem Balukhali 2 di sini beberapa hari lepas untuk membolehkan mereka bercucuk tanam di tanah sekitar kem mereka. Ini bertujuan menggalakkan mereka berdikari bagi menghasilkan sumber makanan melalui bertani di samping mungkin sebagai sumber pendapatan tambahan. Ide ini …

HALUAN Rasmi Rohingya Community Educare Center

HALUAN Rasmi Rohingya Community Educare Center

SERI KEMBANGAN, 4 Disember 2017 — Sebuah pusat komuniti dan pendidikan bagi pelarian Rohingya di Malaysia, Rohingya Community Educare Center (RCEC), yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dengan kerjasama Yayasan NAMA telah dirasmikan di Taman Prima Tropika City hari ini. RCEC mula beroperasi sejak bulan Oktober lalu, di mana lima orang …

Fasa Kedua Agihan Tabung Sinar4Rohingya

Fasa Kedua Agihan Tabung Sinar4Rohingya

BANGLADESH, 1 Dis 2017 — Usaha murni rakyat Malaysia untuk membantu pelarian Rohingya yang terus dicengkam derita di kem-kem pelarian di Cox’s Bazar diteruskan lagi melalui misi penghantaran bantuan kemanusiaan kecemasan di bawah projek Sinar4Rohingya. HALUAN yang mewakili Sekretariat Sinar4Rohingya telah menghantar dua wakil sukarelawannya untuk menyempurnakan amanah rakyat Malaysia tersebut dengan menyampaikan bantuan daripada …

HALUAN Rayu Masyarakat Bantu Kempen Warmth4Syria

HALUAN Rayu Masyarakat Bantu Kempen Warmth4Syria

BANDAR BARU BANGI, 1 Disember 2017 – Kekejaman rejim Bashar al-Asad bersama sekutunya Russia dan Iran telah menyebabkan krisis kemanusiaan yang kritikal di Syria berlanjutan menjangkau tahun ke-6. Keadaan menjadi semakin tragis dengan penglibatan Rusia dan Amerika yang mendakwa kononnya membantu rakyat Syria, sedangkan masyarakat awam terus menjadi mangsa. Menurut laporan UNCHR 2016, seramai 13.5 …

Rohingya: Bringing Hope di UIAM

Rohingya: Bringing Hope di UIAM

GOMBAK, 21 Nov 2017 – Humanity Night ’17 yang membawa tema Rohingya : Bringing Hope telah berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini semalam. NAMA Foundation selaku penaja utama bersama dengan beberapa buah syarikat telah mengundang beberapa wakil daripada sekolah, madrasah dan pusat pendidikan anak-anak Rohingya di sekitar Lembah Kelang untuk program ini. Wakil …

Pameran Misi Kemanusiaan di Politeknik

Pameran Misi Kemanusiaan di Politeknik

KULIM, 18 Sept 2017 — HALUAN dengan motto, “Berakhlak, Mendidik & Berbakti” sentiasa peka dan aktif dalam menyantuni isu kemanusiaan di dalam dan di luar negara sama ada bersendirian atau bekerjasama dengan organisasi lain. Sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim baru-baru ini, HALUAN dengan kerjasama sukarelawan terdiri daripada Pusat Dakwah & Tarbiah Al-Jazari, di …

NGO Muslim ke Misi Kemanusiaan Gempa Afghanistan

NGO Muslim ke Misi Kemanusiaan Gempa Afghanistan

BANDAR BARU BANGI, 10 Nov 2015 — Satu pasukan sukarelawan bantuan kemanusiaan dari Malaysia akan berlepas mulai hari ini untuk berbakti di kawasan bencana gempa di Afghanistan. Sukarelawan terdiri daripada gabungan beberapa buah NGO Malaysia seperti Yayasan Amal, HALUAN, MAPIM, Muslim Care dan beberapa NGO lain akan turut serta. Mereka yang terdiri daripada petugas logistik, …