fbpx

HALUAN Agih Bijih Benih Untuk Rohingya

HALUAN Agih Bijih Benih Untuk Rohingya

HALUAN Agih Bijih Benih Untuk Rohingya

BANGLADESH, 5 Dis 2017 — HALUAN telah mengedarkan bijih benih sayuran kepada100 orang keluarga pelarian Rohingya di Kem Balukhali 2 di sini beberapa hari lepas untuk membolehkan mereka bercucuk tanam di tanah sekitar kem mereka.

Ini bertujuan menggalakkan mereka berdikari bagi menghasilkan sumber makanan melalui bertani di samping mungkin sebagai sumber pendapatan tambahan.

Ide ini timbul memandangkan mereka tiada wang untuk membeli bahan makanan dan tanah di sekitar mereka boleh dimanfaatkan untuk bercucuk tanam khususnya oleh golongan tua dan wanita tanpa perlu membuat kerja-kerja yang berat. Semasa di tanah air sendiri, mereka juga pernah menjadi petani maka HALUAN mengambil jalan kesinambungan ini.

Antara benih sayur yang disumbangkan termasuklah timun, kacang panjang, sawi dan lada. Semua benih dibeli di Pekan Teknaf di mana ianya sesuai dengan iklim di sini, menurut Ketua Unit Rohingya, Biro Misi Kemanusiaan HALUAN di bawah naungan Sinar4Rohingya, Encik Abd Bashir Abd Ghani.

“Agihan benih ini adalah percubaan awal dan rakan NGO kami akan membuat pemantauan ke atas usaha pelarian Rohingya ini dan jika menampakkan hasilnya, projek kebajikan ini akan diperluaskan dan bantuan selanjutnya akan disalurkan lagi,” katanya.

Bagi anda yang prihatin dengan mangsa pelarian perang saudara di Myanmar ini, teruskan menyumbang ke Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN di akaun:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Islamic Berhad

Sila emel resit bayaran ke unit.kewangan@haluan.org.my dengan tajuk “Sinar4Rohingya“.


Disediakan oleh Abd Bashir Abd Ghani, Ketua Unit Rohingya, Biro Misi Kemanusiaan HALUAN.