fbpx

Komuniti Rohingya di Malaysia Iftar Bersama

Komuniti Rohingya di Malaysia Iftar Bersama

Komuniti Rohingya di Malaysia Iftar Bersama

SERI KEMBANGAN, 8 Jun 2018 – Komuniti Rohingya sekitar Seri Kembangan telah berkumpul di Rohingya Community Educare Center (RCEC) kelolaan HALUAN semalam dalam majlis berbuka puasa yang julung-julung kalinya diadakan di situ. Lebih kurang 40 orang ibubapa dan 30 orang kanak-kanak telah hadir ke majlis berkenaan.

RCEC merupakan sebuah pusat komuniti dan pendidikan bagi pelarian Rohingya di Malaysia  yang ditubuhkan oleh HALUAN dengan kerjasama NAMA Foundation.

Menurut Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr. Baharudin Suri, “kita berharap komuniti Rohingya di Malaysia dapat berganding bahu dalam meningkatkan tahap pendidikan di kalangan anak-anak mereka. Yang hadir pada hari ini bukan sahaja ibubapa pelajar, tetapi kita juga menjemput pemimpin-pemimpin, peniaga-peniaga dan ketua-ketua NGO masyarakat Rohingya. Sudah pasti usaha mengembangkan projek ini memerlukan dana dan komitmen yang besar.”

Tambah Pengurus RCEC, Encik Mohd Jamil Muda, “dengan siapnya kelas baru ini, RCEC mampu menerima 30 orang lagi pelajar baru. Pendaftaran baru telah pun dibuka dan pembelajaran akan berm ula selepas Aidilfitri nanti. Kemudahan pengangkutan bas sekolah disediakan untuk pelajar-pelajar terpinggir ini. Dengan pendidikan dan disiplin yang betul, kami berharap generasi yang kita didik ini akan jadi bakal pemimpin yang bertakwa di Arakan satu hari nanti.”

RCEC kini mempunyai 26 orang pelajar dengan lima orang tenaga pengajar dari HALUAN, termasuk dua orang berbangsa Rohingya. Kelas bermula dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang, Isnin hingga Jumaat.


Laporan mediaHALUAN

Pengurus RCEC, Encik Mohd Jamil Muda (kanan) bersama ibubapa yang hadir
Anak-anak RCEC berbuka puasa
30 orang kanak-kanak telah hadir ke majlis berkenaan
40 orang ibubapa termasuk pemimpin-pemimpin, peniaga-peniaga dan ketua-ketua NGO masyarakat Rohingya hadir bersama
Beberapa orang staf dan ahli HALUAN turut bersama-sama berbuka di RCEC
Perbincangan bersama dalam meningkatkan tahap pendidikan di kalangan anak-anak Rohingya
Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr. Baharudin Suri (tengah)