fbpx

NGO Muslim ke Misi Kemanusiaan Gempa Afghanistan

NGO Muslim ke Misi Kemanusiaan Gempa Afghanistan

NGO Muslim ke Misi Kemanusiaan Gempa Afghanistan

BANDAR BARU BANGI, 10 Nov 2015 — Satu pasukan sukarelawan bantuan kemanusiaan dari Malaysia akan berlepas mulai hari ini untuk berbakti di kawasan bencana gempa di Afghanistan.

Sukarelawan terdiri daripada gabungan beberapa buah NGO Malaysia seperti Yayasan Amal, HALUAN, MAPIM, Muslim Care dan beberapa NGO lain akan turut serta. Mereka yang terdiri daripada petugas logistik, media, doktor dan jururawat akan berada di sana membantu penduduk yang terjejas teruk akibat gempabumi tersebut.

Pada 26 Oktober lepas, satu gegaran gempa bumi berlaku di utara Afghanistan pada skala 7.5 Richter kira-kira 160 batu dari ibu negara Kabul, berpusat pada kedalaman 132 batu.

Gempa bumi yang berlaku di pergunungan Hindu Kush tersebut menggegarkan wilayah utara Afghanistan dan Pakistan dan sebahagian India. Gegaran susulan masih lagi berlaku sehingga hari ini di 130 daerah di wilayah tersebut.

Menurut laporan berita tempatan, sehingga kini lebih 400 nyawa terkorban dan ribuan lagi cedera yang kebanyakannya di wilayah Pakistan dan utara Kabul. Manakala itu, puluhan ribu bangunan dan rumah telah runtuh dan memangsakan ratusan ribu penduduk yang terjejas. Kedatangan musim salji serta konflik di antara puak pemberontak dan kerajaan menyukarkan lagi penyaluran bantuan kemanusiaan ke kawasan terbabit.

HALUAN sebagai sebuah NGO berdaftar yang sentiasa terkehadapan membantu mangsa musibah ingin mengajak tuan-puan untuk turut membantu kami menyantuni mangsa di sana yang sedang menghala ke musim salji. Sumbangan ikhlas tuan-puan kepada mereka yang memerlukan boleh disumbangkan melalui:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad

*Sila emel slip/resit sumbangan ke unit.kewangan@haluan.org.my

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:
✔Hotline: +60182401141 (Call/SMS/Whatsapp) – 24jam
✔Phone: +60389268892
✔Fax: +60389266892
✔Email: info@haluan.org.my

Semoga sumbangan anda dirahmati Allah SWT.


Laporan oleh Muhammad Shakir Sabarudin, Setiausaha Kerja Biro Misi Kemanusiaan HALUAN.