fbpx

Berita

Terima Kasih Dari Jabaliya

Terima Kasih Dari Jabaliya

JABALIYA, 29 April 2012 — Sumbangan yang diberikan tidaklah seberapa, sedangkan keperluan untuk menyara 12 orang ahli keluarga di sebuah petak rumah kecil itu sangat mendesak. Kehidupan keluarga ini bergantung kepada usaha gigih si ayah mengambil upah menjual sayuran menggunakan kederat seekor keldai yang turut menumpang teduh di rumah mereka. Mereka tidak pernah meminta-minta, kecuali …

Kunjungan Mahabbah Ke TIARANITA

Kunjungan Mahabbah Ke TIARANITA

PANTAI BARU, 7 Mei 2012 — Sayap wanita HALUAN (HALUANITA) telah mengadakan kunjungan mahabbah ke pejabat Persatuan Isteri-Isteri dan Anggota Wanita Telekom Malaysia (TIARANITA) di Menara Telekom Malaysia di sini. Seramai tiga orang wakil HALUANITA dari Biro HALUAN Palestin yang diketuai oleh Profesor Madya Ubaidah binti Mohamad telah disambut oleh Presiden TIARANITA, Datin Sri Sharifah …

150 Peserta Pertingkatkan Kemahiran Keibubapaan

150 Peserta Pertingkatkan Kemahiran Keibubapaan

SUNGAI DUA, 1 Mei 2012 — HALUAN Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan satu seminar keibubapaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni di sini dengan penyertaan seramai 150 orang peserta. Seminar Keluarga Cemerlang pada tahun ini menampilkan dua penceramah berpengalaman iaitu Ustaz Sharihan Shahidan, Pengarah Kolej Komuniti Bayan Baru, yang mengulas mengenai Permasalahan Remaja Masa Kini …

‘Syria Berdarah’ di Masjid Abu Bakar As-Siddiq Bakar Arang

‘Syria Berdarah’ di Masjid Abu Bakar As-Siddiq Bakar Arang

SUNGAI PETANI, 28 April 2012 — Berbekalkan maklumat mutakhir daripada pasukan peninjau Biro Misi Kemanusiaan HALUAN dari sempadan Syria yang baru pulang awal bulan ini, HALUAN Kedah telah mengadakan satu ceramah isu semasa berkenaan pergolakan yang sedang berlaku di Syria di sini semalam. Ceramah bertajuk ‘Syria Berdarah’ itu diadakan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bakar …

Masyarakat Prihatin Malaysia Bantu Sekolah Untuk Anak-Anak Pelarian Syria

Masyarakat Prihatin Malaysia Bantu Sekolah Untuk Anak-Anak Pelarian Syria

ANTAKYA, 6 Mei 2012 — Amanah masyarakat prihatin Malaysia yang disalurkan melalui HALUAN bagi membantu pelarian Syria telah berjaya dilaksanakan di sini. Bantuan tersebut berbentuk dana kepada sekolah darurat Al-Basyair yang memberi pendidikan kepada anak-anak mangsa keganasan rejim Syria di kem pelarian di sempadan Turki-Syria. Penyampaian bantuan ini dikendalikan oleh rakan NGO HALUAN iaitu Al-Sarraa …

Kelahiran Pertama Anak Melayu di Jalur Gaza

Kelahiran Pertama Anak Melayu di Jalur Gaza

GAZA, 3 Mei 2012 — Di tengah-tengah keperitan Jalur Gaza yang terkepung dari dunia luar oleh sekatan zionis Israel yang menyebabkan terjadinya krisis bekalan bahanapi dan elektrik dengan keadaan yang semakin sengsara, telah lahir seorang puteri anak Melayu yang pertama di sini. Puteri tersebut merupakan permata kepada seorang relawan Indonesia yang tinggal di Gaza sejak …

Anak-Anak Gaza Perlukan Sekolah

Anak-Anak Gaza Perlukan Sekolah

JABALIYA, GAZA Apr 28, 2012 – Nasib 135 kanak-kanak tadika miskin di daerah ini pudar menjelang awal tahun 2013 nanti bila mereka sudah cukup umur untuk ke darjah satu kerana sekolah rendah sudahpun ditutup. Penutupan disebabkan dana tidak mencukupi untuk mengurus serta pendapatan ibubapa yang rendah sehingga tidak mampu untuk membayar yuran. Akibatnya gaji guru …

Masjid Berlumba Melahirkan Syuhada’

Masjid Berlumba Melahirkan Syuhada’

GAZA CITY 29 Apr 2012 – Sudah lumrah masjid di Gaza menjadi pusat pembentukan akhlak dan iman para penduduknya. Keunikan tambahan di sini yang mungkin tiada di negara lain adalah masjid juga berlumba untuk melahirkan pahlawan-pahlawan perang menentang rejim ganas zionis Israel. Siapa lagi kalau bukan para pemuda. “Tidak salah jika dikatakan kami berlumba sesama …

Saat-saat Akhir Seorang Mujahid

Saat-saat Akhir Seorang Mujahid

GAZA CITY Apr 28, 2012 – Setiap rombongan luar yang datang menziarahinya, almarhum As-syahid Sheikh Ahmad Yassin akan sentiasa mengingatkan mereka bahawa isu penjajahan bumi Palestin ini wajib ditangani oleh semua umat Islam sedunia. Begitulah pesanan yang diulangi beliau, kata anaknya Abdul Hameed Ahmad Yasin ketika ditemui oleh pasukan HALUAN di rumah bapanya itu. Pada …

HALUAN Santuni Pra-Sekolah Jabaliya

HALUAN Santuni Pra-Sekolah Jabaliya

JABALIYA, GAZA UTARA Apr 28, 2012 – Pasukan HALUAN Malaysia telah bertuah kerana dapat melawati sebuah tadika khas di daerah ini, di mana anak-anak kecil di antara usia empat hingga lima tahun daripada keluarga fakir miskin, anak yatim, anak para syuhada’, ibu tunggal dan ibubapa yang cacat diberikan peluang memperolehi pendidikan asas secara percuma. Menurut …