fbpx

Anak-Anak Gaza Perlukan Sekolah

Anak-Anak Gaza Perlukan Sekolah

Anak-Anak Gaza Perlukan Sekolah

JABALIYA, GAZA Apr 28, 2012 – Nasib 135 kanak-kanak tadika miskin di daerah ini pudar menjelang awal tahun 2013 nanti bila mereka sudah cukup umur untuk ke darjah satu kerana sekolah rendah sudahpun ditutup. Penutupan disebabkan dana tidak mencukupi untuk mengurus serta pendapatan ibubapa yang rendah sehingga tidak mampu untuk membayar yuran.

Akibatnya gaji guru dan kakitangan terjejas. Menurut pengetua tadika TK Bintang Al-Quran, Hana’a Al Shonat, bilangan pelajar tadikanya semakin meningkat dan beliau bimbang dengan kesinambungan pendidikan mereka nanti. Beliau sangat berharap agar NGO-NGO luar dapat membantu mencarikan alternatif untuk mereka.

Pihaknya berhasrat untuk berpindah ke premis yang lebih besar lagi memandangkan permintaan yang tinggi pada tadika percuma beliau itu. Tapak tadika sekarang disewa pada kadar US$2,400 setahun. Pihaknya bercita-cita untuk berpindah ke sebuah sekolah rendah berdekatan yang telah dikosongkan itu, satu alternatif yang lebih sesuai kerana ianya tiga tingkat dan ada ruang yang mencukupi untuk tadika dan juga sekolah rendah. Bangunan itu boleh disewa daripada tuannya melalui sewabeli. Harga yang diletakkan adalah sebanyak US$500,000.

Pada masa yang sama, Jabaliya School berhasrat membina bangunannya sendiri di sebuah tapak berukuran 1,300 meter persegi. Beliau sedang dibantu oleh NGO Gaza bernama Salam disertai Sahabat AlAqsa dari Indonesia. Pihaknya bercadang membina sekolah rendah milik sendiri sebanyak 25 buah bilik darjah tanpa perlu disewa lagi yang boleh menampung lebih 600 orang pelajar sekolah rendah.

Kesungguhan masyarakat Palestin dalam menitikberatkan pendidikan sempurna generasi muda mereka seharusnya dipuji dan dibantu oleh rakyat Malaysia amnya.