fbpx

Kunjungan Mahabbah Ke TIARANITA

Kunjungan Mahabbah Ke TIARANITA

Kunjungan Mahabbah Ke TIARANITA

PANTAI BARU, 7 Mei 2012 — Sayap wanita HALUAN (HALUANITA) telah mengadakan kunjungan mahabbah ke pejabat Persatuan Isteri-Isteri dan Anggota Wanita Telekom Malaysia (TIARANITA) di Menara Telekom Malaysia di sini.

Seramai tiga orang wakil HALUANITA dari Biro HALUAN Palestin yang diketuai oleh Profesor Madya Ubaidah binti Mohamad telah disambut oleh Presiden TIARANITA, Datin Sri Sharifah Aamenah Aljunid.

Perjumpaan julung kali ini diadakan bagi bertukar pandangan dalam kepentingan wanita dan keluarga, di samping menyampaikan ucapan terima kasih di atas sokongan TIARANITA kepada rakyat Palestin melalui Biro HALUAN Palestin termasuklah sumbangan bantuan sebanyak RM10,000 baru-baru ini. Sumbangan tersebut telah dibawa bersama Misi Amanah HALUAN ke Gaza pada akhir bulan lepas.

Antara jalinan kerjasama HALUANITA dan TIARANITA termasuklah perlaksanaan aktiviti mengumpul dana berbentuk perniagaan amal. Pihak TIARANITA juga turut memberi peluang kepada HALUANITA untuk membuka gerai di Menara Telekom bagi mendapatkan dana untuk disumbangkan kepada aktiviti HALUAN.

Datin Sri Sharifah Aamenah turut mencadangkan agar HALUAN dapat melahirkan lebih ramai tokoh atau pakar motivator yang berkaliber sepenuh masa bagi memantapkan lagi pengurusan dan dana untuk aktiviti HALUAN.

Semoga kunjungan ringkas ini dapat membuka peluang yang lebih besar dalam merealisasikan kerjasama ke arah mendidik dan berbakti.