Posts by: admin

Gabungan NGO Malaysia & Yaman Lancarkan Kempen Bantuan Kemanusiaan

Gabungan NGO Malaysia & Yaman Lancarkan Kempen Bantuan Kemanusiaan

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2021 – Gabungan kemanusiaan yang melibatkan NGO Malaysia dan Yaman telah melancarkan kempen bantuan kemanusiaan untuk mengurangkan penderitaan orang-orang yang terjejas akibat peperangan. Kempen ini menyeru semua pihak termasuk sektor awam dan swasta untuk menyokong perjuangan kemanusiaan ini. Kerjasama itu bertujuan mengumpulkan RM4.6 juta untuk membantu 22,000 orang pelarian dalam negara …

Kunjungan ke Exco Kerajaan Negeri Selangor

Kunjungan ke Exco Kerajaan Negeri Selangor

SHAH ALAM, 25 Mac 2021 – HALUAN telah melaksanakan kunjungan hormat kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Dr. Siti Mariah Mahmud, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga Selangor. Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Naib Presiden 4, Dr. Baharudin Suri. Turut serta adalah Ketua Biro Kebajikan HALUAN Encik Abdul …

Selamat Hari Polis Ke-214

Selamat Hari Polis Ke-214

Polis adalah frontliner yang sentiasa menjaga keamanan negera. Mereka sentiasa berkorban jiwa & raga untuk menjaga keamanan negara, ketika aman atau ketika kalutnya pandemik Covid-19. Semoga pengorbanan mereka diterima sebagai amal kebajikan. RoyalMalaysiaPolice PolisDirajaMalaysia HariPolis214 _Join Broadcast List HALUANhttp://broadcasthaluan.wasap.my

HALUAN Terima Pelantikan Sebagai Badan Sukarela Program Agent Basmi COVID-19

HALUAN Terima Pelantikan Sebagai Badan Sukarela Program Agent Basmi COVID-19

23 Mac 2021, PUTRAJAYA — HALUAN telah menerima pelantikan sebagai Badan Sukarela bagi Program Agent Basmi COVID-19 (ABC-19) daripada Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), YBhg Datuk Dr. Aminuddin Hassim. Naib Presiden HALUAN bagi Kluster Kebajikan & Kemanusiaan, Dr. Baharudin Suri, telah menerima surat pelantikan tersebut dalam satu majlis di ibu pejabat NADMA, di …

GENAP SETAHUN PKP: ANTARA KUDRAT,AIR MATA & PENGORBANAN

GENAP SETAHUN PKP: ANTARA KUDRAT,AIR MATA & PENGORBANAN

18 Mac 2020, tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia iaitu bermulanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), Sekarang genap setahun PKP yang telah diumumkan oleh PM pada 16 Mac 2020 yang lalu.Ini akibat pandemik COVID-19 melanda dunia & Malaysia. Dengan bermulanya PKP telah merubah lanskap kehidupan seluruh rakyat Malaysia dari segi sosial, sukan, keagamaan …

PROMOSI BAYARAN ANSURAN

PROMOSI BAYARAN ANSURAN

“Sayang, jom beli kereta baru lagi. Kan boleh bayar ansuran?” “Ish awak ni. Kita kan dah ada dua biji kereta. Apa kata tahun ni kita daftar ibadah korban dengan HALUAN pula. Dengarnya boleh bayar ansuran. Kalau kita boleh commit bayar kereta setiap bulan, takkan tak boleh commit bayar untuk berkorban. Saham akhirat tu!” Setelah melalui …

Selamat Hari Wanita Sedunia

Selamat Hari Wanita Sedunia

Sabda Rasulullah SAW:“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad) Wanita solehah memainkan peranan yang begitu besar untuk kemaslahatan ummah seperti isteri yang mengurus rumah tangga, ibu yang mendidik anak-anak selain insan yang sentiasa mempertingkatkan diri dengan ilmu dan amal bagi mengajak orang lain …

Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Mohd Saufi Ismail

Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Mohd Saufi Ismail

HALUAN merakamkan ucapan takziah dan turut bersedih di atas pemergian Allahyarham Mohd Saufi Ismail, 62 tahun. Allahyarham merupakan ahli HALUAN dan banyak terlibat dengan aktiviti HALUAN di Terengganu. HALUAN ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kami kepada semua ahli keluarga beliau. __Join Broadcast List HALUANhttp://broadcasthaluan.wasap.my

Gong Xi Fa Cai 2021 – HALUAN Meraikan Mereka

Gong Xi Fa Cai 2021 – HALUAN Meraikan Mereka

KUALA LUMPUR, 13 Feb 2021 – Pemuda-pemudi Biro HALUAN Fitrah (BHF) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah mengagihkan hadiah pek makanan kepada mualaf dan masyarakat bukan Islam B40 sempena Tahun Baru Cina. Mereka telah mensasarkan sebanyak 15 buah rumah B40 di sekitar kawasan wilayah Kuala Lumpur dibantu lima orang sukarelawan BHF. Program bermula jam 9.30 …