fbpx

Gong Xi Fa Cai 2021 – HALUAN Meraikan Mereka

Gong Xi Fa Cai 2021 – HALUAN Meraikan Mereka

Gong Xi Fa Cai 2021 – HALUAN Meraikan Mereka

KUALA LUMPUR, 13 Feb 2021 – Pemuda-pemudi Biro HALUAN Fitrah (BHF) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah mengagihkan hadiah pek makanan kepada mualaf dan masyarakat bukan Islam B40 sempena Tahun Baru Cina.

Mereka telah mensasarkan sebanyak 15 buah rumah B40 di sekitar kawasan wilayah Kuala Lumpur dibantu lima orang sukarelawan BHF. Program bermula jam 9.30 pagi di mana mereka berkumpul untuk memasukkan barang hadiah ke dalam kereta yang terdiri daripada sebekas lontong, sebekas rendang ayam, sebekas nasi, sepeket biskut, sekotak tempat letak mop, dan angpow raya RM50 untuk para penerima.

Setelah sampai di kawasan perumahan tersebut, program diteruskan dengan pengagihan sumbangan keperluan asasi kepada senarai penerima bantuan. Setiap sukarelawan perlu mematuhi SOP demi mengelakkan jangkitan virus COVID-19.

Lokasi pertama yang diziarahi adalah Rumah Orang Tua-Tua masyarakat cina. Salah seorang pakcik di situ, Encik Liew Tam Yoon memberi khidmat bakti kepada rakannya yang lain di mana beliau memilih untuk membantu dua orang tua lain yang tidak mampu berdiri untuk ke tandas, mengangkat dan memandikan mereka. Walaupun penat, pakcik Yoon sanggup berkorban tenaga membantu rakannya yang tiada upaya itu. Kami menyantuni mereka dengan mengucapkan Xi Nian Kuai Le! yang bermaksud Selamat Tahun Baru. Mereka membalas ucapan kami dengan ucapan yang sama.

Objektif program ini adalah demi melaksanakan sumbang saran terbaik di mana Islam mengajar umatnya meraikan masyarakat muslim mahupun bukan Muslim. Di saat pandemik, di mana mereka tidak dapat bersama ahli keluarga yang lain, mudah-mudahan kehadiran pasukan HALUAN ini mampu menceriakan jiwa mereka. Dengan ini, generasi muda dapat belajar menyantuni dua golongan sasaran tersebut dalam memahami sosio-budaya serta keperluan mereka di saat satu dunia dilanda ujian pandemik ini. . Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Laporan Nurasna Abd Halim, Setiausaha Unit Haluan Fitrah WPKL