fbpx

GENAP SETAHUN PKP: ANTARA KUDRAT,AIR MATA & PENGORBANAN

GENAP SETAHUN PKP: ANTARA KUDRAT,AIR MATA & PENGORBANAN

GENAP SETAHUN PKP: ANTARA KUDRAT,AIR MATA & PENGORBANAN

18 Mac 2020, tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia iaitu bermulanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP),

Sekarang genap setahun PKP yang telah diumumkan oleh PM pada 16 Mac 2020 yang lalu.Ini akibat pandemik COVID-19 melanda dunia & Malaysia.

Dengan bermulanya PKP telah merubah lanskap kehidupan seluruh rakyat Malaysia dari segi sosial, sukan, keagamaan dan budaya.

Tiada lagi perkumpulan secara ramai, tiada sentuhan, dan kunjung mengunjung.

Sekatan menyeluruh rakyat Malaysia ke luar negara, pelancong dan pelawat asing turut disekat masuk ke dalam negara.

Dari tadika sehingga ke institusi pengajian tinggi turut ditutup, sekali gus memaksa perubahan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang amat besar bukan sahaja kepada rutin harian, tetapi juga kelangsungan hidup, sumber pendapatan dan segenap aspek kehidupan.

Detik sukar ini dilalui sebilangan besar rakyat Malaysia dengan air mata tatkala nyawa jadi taruhan, hinggakan insan tersayang dijemput Sang Pencipta.

Semoga kita semua diberi kesabaran dan ketabahan dalam menempuhi ujian dari Allah.

Dan pandemik COVID-19 ini berakhir secepat mungkin dan kita dapat hidup seperti biasa.

KitaJagaKita

LindungiDiriLindungiSemua

__
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my