fbpx

HALUAN Terima Pelantikan Sebagai Badan Sukarela Program Agent Basmi COVID-19

HALUAN Terima Pelantikan Sebagai Badan Sukarela Program Agent Basmi COVID-19

HALUAN Terima Pelantikan Sebagai Badan Sukarela Program Agent Basmi COVID-19

23 Mac 2021, PUTRAJAYA — HALUAN telah menerima pelantikan sebagai Badan Sukarela bagi Program Agent Basmi COVID-19 (ABC-19) daripada Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), YBhg Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Naib Presiden HALUAN bagi Kluster Kebajikan & Kemanusiaan, Dr. Baharudin Suri, telah menerima surat pelantikan tersebut dalam satu majlis di ibu pejabat NADMA, di sini. Sebanyak enam pertubuhan lain turut menerima pelantikan tersebut. Setiap Badan Sukarela, yang mewakili Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan lain-lain organisasi bukan kerajaan, dipilih atas kapasiti keberadaan ahli di seluruh negara merangkumi komuniti bandar, luar bandar dan komuniti bukan warganegara.

ABC-19 ialah satu inisiatif bagi memperkasakan komuniti agar dapat bersama-sama pihak berkuasa melaksanakan aktiviti-aktiviti pemantauan dan tindakan-tindakan yang bersesuaian di peringkat komuniti masing-masing dalam usaha mengurangkan risiko keterdedahan kepada virus COVID-19.

Berbagai bentuk aktiviti pemerkasaan, pemantauan dan pendidikan kepada komuniti akan diadakan, di samping membantu komuniti dalam pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menurut Dr. Baharudin, HALUAN akan memberi fokus utama dalam memberi pendidikan kesihatan bagi mencegah Covid-19 dalam komuniti.

NADMA akan melantik lebih banyak Badan Sukarela jika inisiatif siri pertama ini mendapat sambutan dan hasil yang baik. Kerjasama erat antara Kerajaan dan Badan-Badan Sukarela seperti ini membuktikan masyarakat Malaysia sentiasa berganding bahu dalam usaha membebaskan negara dari ancaman Covid-19.


Laporan oleh Muhammad Taufiq Mat Nasir, mediaHALUAN