fbpx

Kunjungan ke Exco Kerajaan Negeri Selangor

Kunjungan ke Exco Kerajaan Negeri Selangor

Kunjungan ke Exco Kerajaan Negeri Selangor

SHAH ALAM, 25 Mac 2021 – HALUAN telah melaksanakan kunjungan hormat kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Dr. Siti Mariah Mahmud, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga Selangor.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Naib Presiden 4, Dr. Baharudin Suri. Turut serta adalah Ketua Biro Kebajikan HALUAN Encik Abdul Halim Khudri dan YDP HALUAN Selangor, Encik Hamdan Mokhtar.

Dalam pertemuan berkenaan, Dr. Siti Mariah diberikan penerangan tentang objektif dan aktiviti HALUAN sambil memperkenalkan Asrama HALUAN Penyayang sebagai sebuah institusi Anak Yatim dan Miskin dibawah naungan HALUAN di Selangor.

Dr. Siti Mariah juga memaklumkan beberapa program anjuran kerajaan negeri yang boleh dimanfaatkan oleh HALUAN.

Pihak HALUAN sangat berbesar hati atas peluang untuk turut serta dalam program kerajaan negeri khususnya demi pembangunan wanita.

Pertemuan ini diharap menjadi titik mula kerjasama seterusnya dalam program-program kerajaan negeri dan HALUAN cawangan Selangor.


Laporan oleh Kamaruddin Ahmad, Ketua Biro Kebajikan HALUAN Selangor