BANDAR BARU BANGI, 3 Nov 2012 – Konvensyen Belia Relawan HALUAN (KOBAR) yang julung kali dianjurkan telah berjaya mengumpulkan hampir 1,200 orang peserta terdiri daripada pemuda dan pemudi dari seluruh negara. Upacara gilang-gemilang itu berlangsung selama dua hari mulai hari ini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan Biro Pemuda HALUAN selaku penganjur utama. …
