Posts by: admin

HALUAN Serah Bantuan Rawatan Kanser di Gaza

HALUAN Serah Bantuan Rawatan Kanser di Gaza

GAZA, 3 Jan 2013 — Sebahagian lagi dana bantuan rakyat Malaysia untuk Palestin yang disalurkan melalui HALUAN Malaysia telah disampaikan. Dana bagi menampung keperluan perubatan rakyat Gaza, khususnya untuk pesakit kanser, telah disampaikan melalui relawan Sahabat Al-Aqsha yang berada di Gaza dalam misi bantuan kemanusiaan mereka di sana. Sahabat Al-Aqsa merupakan sebuah NGO Indonesia yang …

Rakyat Syria Lapar, Kesejukan: Apa Reaksi Kita?

Rakyat Syria Lapar, Kesejukan: Apa Reaksi Kita?

BANDAR BARU BANGI, 7 Jan 2013 — Salji dilaporkan telah turun di Dhahiyah Qudsiya, Damaskus dan beberapa daerah lain di Syria. Cuaca sejuk ini digandakan lagi dengan tiupan angin yang sangat kencang. Dalam kesejukan yang menusuk tulang hitam ini, ribuan rakyat Syria terpaksa terus berpindah dari satu tempat ke tempat lain demi menyelamatkan diri daripada …

Warga Kapar Energy Ventures Serah Bantuan Untuk Palestin

Warga Kapar Energy Ventures Serah Bantuan Untuk Palestin

KAPAR, SELANGOR, 4 Jan 2012 — Seluruh lapisan masyarakat Malaysia dari kanak-kanak sekolah sehinggalah pegawai eksekutif terus prihatin terhadap permasalahan Palestin dan penderitaan rakyatnya. Kakitangan sebuah syarikat loji janakuasa kitar padu terbesar di negara ini, Kapar Energy Ventures Sdn Bhd (KEV) telah turut melancarkan kutipan kilat bagi mengumpul dana bantuan untuk meringankan kesengsaraan rakyat Palestin …

HALUAN Lancar Kempen Kutipan Rohingya

HALUAN Lancar Kempen Kutipan Rohingya

SEPANG, 1 Jan 2013 – Dua orang relawan HALUAN Malaysia ke Arakan yang membawa amanah dan sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin telah selamat pulang hari ini membawa khabar serta senarai keperluan mangsa-mangsa keganasan etnik di sana. Pasukan yang diketuai oleh Encik Abdul Halim Kudri dan disertai wartawan mediaHALUAN Encik Umar Ismail telah disambut oleh …

Menderita Kanser Kerana Bom Fosfor Putih, Randa Tidak Takut Mati

Menderita Kanser Kerana Bom Fosfor Putih, Randa Tidak Takut Mati

BANDAR BARU BANGI, 2 Jan 2013 — Persefahaman kerjasama di antara HALUAN Malaysia, Sahabat Al-Aqsha dari Indonesia dan Al-Sarraa Foudation dari Gaza untuk berganding bahu mengajak rakyat Malaysia dan Indonesia membangunkan sebuah hospital besar disambut dengan penuh syukur oleh para relawan HALUAN yang telah berkunjung ke Gaza bulan April 2012 lalu. Berita tentang perancangan membangun …

SUPER ’12 Membina Usahawan Holistik

SUPER ’12 Membina Usahawan Holistik

MELAKA, 28 Dis 2012 – “Seminar Usahawan, Profesional dan Koperasi 2012” (SUPER’12) yang berlangsung di Hotel Permaisuri MITC, Ayer Keroh, Melaka hari ini telah dihadiri hampir 110 orang peserta daripada kalangan usahawan, profesional dan wakil-wakil koperasi seluruh negara. Seminar ini dikendalikan bersama secara bersepadu terdiri daripada Biro Ekonomi HALUAN Malaysia (BeKN), Biro Profesional (BP), Kelab …

HALUAN Bekerjasama Bangun Hospital Besar Di Gaza

HALUAN Bekerjasama Bangun Hospital Besar Di Gaza

GAZA, 31 Dis 2012 — HALUAN Malaysia dengan kerjasama NGO Sahabat Al-Aqsha dari Indonesia dan Al-Sarraa Foundation dari Gaza telah diamanahkan untuk membangunkan sebuah hospital besar di Gaza. Perkara ini dijelaskan oleh relawan Sahabat Al-Aqsha yang baru berkunjung ke pejabat Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya. Terletak di Asy-Syuja’iyyah, Jalan Salahuddin Al-Ayyubi iaitu jalan utama menghubungkan …

Pelarian Rohingya Hanya Mampu Berteduh Dalam Khemah Jerami

Pelarian Rohingya Hanya Mampu Berteduh Dalam Khemah Jerami

SITTWE, MYANMAR, 29 Dis 2012 — Puluhan ribu pelarian Rohingya di Sitamanggy hanya mampu menjadikan khemah jerami sebagai rumah tempat mereka berteduh dari panas dan hujan. Tidak terbayangkan bagaimana mereka boleh bertahan apabila hujan lebat dan ribut taufan melanda. Demikianlah pemandangan menyedihkan yang dilihat oleh relawan HALUAN ketika menyantuni pelarian Rohingya di sekitar ibukota wilayah …

Hospital Pakar Salam Sumbang Untuk Palestin

Hospital Pakar Salam Sumbang Untuk Palestin

SHAH ALAM, 29 Dis 2012 — Kesibukan merawat pesakit tidak menghalang kakitangan Hospital Pakar Salam di sini untuk melancarkan Tabung Palestin “Salam Buat Gaza” selama dua minggu bermula 22 November lepas. Dalam tempoh itu, RM10,000 berjaya dikutip dan satu upacara penyerahan dana kutipan itu telah disempurnakan di pusat perubatan pakar yang terletak di Seksyen 19 …

Bilik Gerakan Banjir HALUAN Kelantan Ditutup, Terengganu Tidak Berubah

Bilik Gerakan Banjir HALUAN Kelantan Ditutup, Terengganu Tidak Berubah

PASIR MAS, 29 Dis 2012 — Keadaan banjir di negeri Kelantan secara umumnya beransur pulih. Bilik gerakan banjir HALUAN Kelantan di sini telah ditutup sementara pada jam 2:00 petang tadi, berikutan perkembangan baik ini. Bilik gerakan tersebut telah dijadikan sebagai pusat operasi bantuan banjir HALUAN Kelantan sejak empat hari lalu. Sepanjang tempoh operasi, para relawan …