fbpx

Yahudi Ceroboh Masuk Masjid Al Aqsa

Yahudi Ceroboh Masuk Masjid Al Aqsa

Yahudi Ceroboh Masuk Masjid Al Aqsa

aqsa-01BAITULMAQDIS, 13 Nov 2013 — Puluhan penduduk Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa awal pagi ini.

Yayasan Wakaf dan Warisan Al-Aqsa dalam kenyataannya menyebut bahawa lebih 60 orang Yahudi bersama sekumpulan ejen perisik Shin Bet menceroboh masuk ke plaza masjid dan kemudian memasuki masjid Marwani, masjid Alkibali dan Kubah Al-Sakhra (Dome of the Rock.) Yahudi dikatakan cuba mewujudkan “suasana baru” dalam masjid Al-Aqsa untuk menuntut kebenaran supaya mereka diberi waktu khusus bagi mengadakan upacara keagamaan Yahudi di dalam masjid itu.

Ketegangan dijangka berlaku dalam beberapa hari lagi memandangkan beberapa kumpulan fanatik Yahudi menyeru pengikut mereka bersama-sama menceroboh masuk ke dalam masjid Al-Aqsa sempena pesta cahaya Yahudi (Hanukkeh) yang jatuh pada 28hb November.

“Masjid al-Aqsa sedang diserang secara ganas oleh pelampau Yahudi. Mereka disokong oleh polis Zionis. Al-Aqsa berada dalam keadaan bahaya, dunia Islam mesti bertindak mempertahankan masjid mulia ini,” sebut kenyataan Sheikh Azzam al-Khatib, pengarah Yayasan Wakaf dan Warisan Al-Aqsa.


Laporan Unit Media, Biro HALUAN Palestin.