fbpx

Posts Tagged: Al-aqsa

Peristiwa Hitam Al Aqsa Julai 2017

Peristiwa Hitam Al Aqsa Julai 2017

murabitatMasjid al Aqsa dan al Quds dua lambang maruah umat Islam. Apabila umat ini sedang di kemuncak kegemilangan maka kedua mercu tanda ini akan dipenuhi kemakmuran. Sekiranya umat ini lemah maka kacau-bilau dan huru-hara akan mengiringi keduanya. Tidak ada kedukaan yang lebih berat bagi sebuah masjid melainkan terhalang dari mengumandangkan azan dan didirikan solat di …

Susuli Perhimpunan Dengan Semangat Al-Aqsa

Susuli Perhimpunan Dengan Semangat Al-Aqsa

KUALA LUMPUR, 2 Okt 2015 — Perhimpunan Selamatkan Masjid Al-Aqsa yang dijayakan melalui kerjasama dan muafakat hampir 50 badan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik tanah air hari ini telah berjaya menyuntik semangat kepada para peserta, terutamanya di kalangan pemuda serta penuntut institusi pengajian tinggi, untuk membantu perjuangan Palestin. Pemidato HALUAN dalam perhimpunan tersebut, Mohd …

Rakyat Malaysia Bersatu Bantah Serangan Zionis Ke Atas Al-Aqsa

Rakyat Malaysia Bersatu Bantah Serangan Zionis Ke Atas Al-Aqsa

KUALA LUMPUR, 30 Sep 2015 — HALUAN bersama gabungan lebih 40 buah NGO Malaysia akan mengadakan satu perhimpunan aman bagi menyatakan bantahan terhadap penodaan rejim Zionis yang semakin memuncak ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Perhimpunan Selamatkan Al-Quds itu akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat pada 2 Oktober …

Yahudi Ceroboh Masuk Masjid Al Aqsa

Yahudi Ceroboh Masuk Masjid Al Aqsa

aqsa-01BAITULMAQDIS, 13 Nov 2013 — Puluhan penduduk Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa awal pagi ini. Yayasan Wakaf dan Warisan Al-Aqsa dalam kenyataannya menyebut bahawa lebih 60 orang Yahudi bersama sekumpulan ejen perisik Shin Bet menceroboh masuk ke plaza masjid dan kemudian memasuki masjid Marwani, masjid Alkibali dan Kubah …

Yahudi Rancang Ceroboh Al-Aqsa

Yahudi Rancang Ceroboh Al-Aqsa

BAITULMUQADDIS, 1 Okt 2012 — Yayasan Waqf dan Warisan al-Aqsa memberi amaran kesan buruk akibat tindakan sebuah pertubuhan Yahudi yang menyeru serangan dan pencerobohan ke atas masjid Al-Aqsa yang mulia. Pertubuhan yang didalangi oleh parti Likud itu membuat seruan tersebut sempena hari kebesaran Sukkot yang disambut oleh pengikut Yahudi selama tujuh hari. Menurut satu pengumuman …

Feiglin Pimpin Pendatang Yahudi Cerobohi Al-Aqsa

BAITULMUQADDIS, 2 Okt 2012 — Sejak awal pagi lagi seorang pemimpin fraksi pelampau parti Likud, Moshe Feiglin, diiringi oleh 50 pendatang Yahudi telah menceroboh masuk ke masjid Al-Aqsa dan melakukan upacara keagamaan mereka di dalam kawasan masjid mulia itu. Kehadiran mereka dikawal ketat oleh tentera Zionis. Menurut laporan Yayasan Waqf dan Warisan al-Aqsa, sekumpulan 30 …

Zionis Terus Halang Rakyat Palestin Memasuki Al-Aqsa

Zionis Terus Halang Rakyat Palestin Memasuki Al-Aqsa

BAITULMUQADDIS, 18 Sept 2012 — Pihak keselamatan rejim Zionis Yahudi yang berkawal di pintu masuk utama Masjid Al-Aqsa terus menyekat kemasukan umat Islam Palestin ke masjid mulia itu. Selama tiga hari berturut-turut rakyat Palestin yang berumur kurang daripada 45 tahun dihalang memasuki kawasan masjid. Polis Zionis Yahudi membina sekatan sebagai pusat pemeriksaan berhampiran pintu utama …

Kawasan Al-Aqsa Akan Ditukar Menjadi Taman Awam

Kawasan Al-Aqsa Akan Ditukar Menjadi Taman Awam

BAITULMAQDIS, 31 JULAI 2012 — Perbandaran Jerusalem telah mengeluarkan satu keputusan untuk menukar kawasan lapang di Masjid Al-Aqsa menjadi kawasan pakir kenderaan dan taman-taman untuk kegunaan awam. Demikian menurut kenyataan Timbalan Ketua Pergerakan Islam di wilayah yang diduduki Zionis, Sheikh Kamal Al-Khatib. Rangkaian Berita Palestin melaporkan tentang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Sheikh Kamal menyebut …