fbpx

Walimatul Urus Pasangan Pengantin Orang Asli

Walimatul Urus Pasangan Pengantin Orang Asli

Walimatul Urus Pasangan Pengantin Orang Asli

AIR BANUN, GERIK,  9 Feb 2019 – HALUAN dalam usaha meneruskan hubungan ukhuwah turut memeriahkan upacara angkat nikah serta jamuan kenduri untuk dua pasangan mempelai orang asli di Kampung Sungai Raba di sini.

Aktivis Kemanusiaan HALUAN, Ustaz Fazlon Abd Rahim telah mewakili HALUAN dalam majlis tersebut. HALUAN diberikan penghormatan untuk menyediakan hidangan meja pengantin untuk pasangan-pasangan tersebut dan ahli keluarga mereka.

Pasangan berkenaan ialah Adsafar Uda dan Nursuhailin Azman, serta Muhammad Nor Chorol dan Siti Nurul Haida Rashid telah selamat diijabkabulkan oleh Ustaz  Khalid Hassan dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna itu.

Semoga Allah SWT merahmati kedua-dua pasangan mempelai.

Menurut Ketua Urusetia Biro Kebajikan HALUAN Pulau Pinang, Encik Abdul Halim Khudri, majlis walimah itu adalah simbolik kepada gaya hidup Islami yang semakin diamalkan oleh masyarakat orang asli di gagasan Air Banun yang merangkumi lapan buah kampung terpencil. Projek Pembangunan Berterusan RPS Air Banun, Gerik, Perak, adalah merupakan salah satu projek Kemasyarakatan dan Kemanusiaan tumpuan HALUAN cawangan Pulau Pinang.

“Matlamat kita adalah mengangkat martabat penduduk orang-orang asal di daerah ini sehingga mereka mampu menjadi warga negara yang menyumbang untuk kesejahteraan ummah di Malaysia. Kita mahu mereka berpendidikan, ada tatasusila dan boleh beramal dengan Islam dengan baik. Hal ini hampir mustahil untuk tercapai tanpa pengorbanan sukarelawan kami dan juga derma daripada masyarakat Malaysia yang prihatin dengan kesusahan mereka penghuni rimba ini,” kata beliau.

Teruskanlah menyumbang untuk pembangunan projek ini :

Orang Asli – Projek Bina Surau & Tandas

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

_
Laporan unit media, HALUAN Pulau Pinang