HALUAN

Masyarakat Dunia Bangkit Menentang Serangan Ke Atas Gaza

Masyarakat Dunia Bangkit Menentang Serangan Ke Atas Gaza

GAZA, 18 Nov 2012 – Masyarakat prihatin anti-keganasan dari lebih 50 buah negara telah mula melaksanakan demonstrasi besar-besaran menentang pembunuhan kejam dan pembersihan etnik yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas penduduk awam dan hartabenda di Gaza sejak empat hari lalu tanpa hentinya. Dari Times Square New York ke Dataran Eifel Tower Perancis hinggalah …

Hospital Gaza Kehabisan Ubat – WHO

Hospital Gaza Kehabisan Ubat – WHO

GENEVA, 17 Nov 2012 — World Health Organization (WHO) menyatakan bahawa bekalan ubat dan alat perubatan di Gaza berada di tahap kritikal apabila dibanjiri mereka yang tercedera akibat serangan berterusan tentera Zionis ke atas masyarakat awam. Menurut WHO, sebanyak USD10 juta diperlukan untuk membekal keperluan ubat-ubatan bagi tempoh tiga bulan akan datang. Kenyataan itu turut …

Zionis Sasar Orang Awam Dengan Senjata Haram

Zionis Sasar Orang Awam Dengan Senjata Haram

GAZA, 17 Nov 2012 – Kesatuan Jawatankuasa Penjagaan Kesihatan (UHCC) mendakwa rejim Zionis telah sengaja mensasarkan kanak-kanak dan wanita di Gaza dengan menggunakan senjata yang dilarang oleh badan-badan antarabangsa. Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, UHCC menyebut bahawa sebilangan besar kanak-kanak yang terkorban dan cedera dalam keganasan berterusan tentera Zionis di Gaza menunjukkan dengan jelas …

Kenyataan Media HALUAN Terhadap Kenyataan Sisters In Islam

Kenyataan Media HALUAN Terhadap Kenyataan Sisters In Islam

Kenyataan Media Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) amat kesal dengan kenyataan yang telah dibuat oleh pertubuhan Sisters In Islam (SIS) dalam The Malaysian Insider bertarikh 9 November 2012. Kenyataan yang di buat bahawa, ‘Faith by compulsion may lead to hypocrisy‘ dan ‘Islam is not a one-way street’ membawa maksud bahawa orang yang sudah …

Gaza : Tiba-tiba Saja Tiada Lagi Senyuman Comelnya

Gaza : Tiba-tiba Saja Tiada Lagi Senyuman Comelnya

GAZA, 16 Nov 2012 — Serangan peluru berpandu Zionis ke atas Gaza pada hari Rabu meninggalkan satu kelopongan yang menyiksakan di rumah dan hati keluarga anak yang baru berusia 11 bulan, Omar Masharawi, yang syahid dibakar seluruh badan kecilnya. “Anak-anak saya bukan pengganas. Mereka bukan syaitan. Mereka orang-orang yang baik,” kata Ali Masharawi, 55, datuk …

Zionis Sekat Ubat Ke Gaza

Zionis Sekat Ubat Ke Gaza

BETHLEHEM, 16 Nov 2012 – Pihak Otoriti Palestin (PA) mendakwa rejim pengganas Zionis Yahudi menyekat usaha membawa bantuan perubatan ke Gaza di satu sekatan (checkpoint) di sini. Ma’an News Agency melaporkan bahawa Menteri Kesihatan Otoriti Palestin, Dr Hani Abdeen telah menghantar 15 buah trak membawa 200 kotak ubat-ubatan beserta peralatan perubatan ke Gaza. “Kami menghantar …

Keganasan Zionis Membunuh 19 Warga Gaza (Foto Siri 1)

Keganasan Zionis Membunuh 19 Warga Gaza (Foto Siri 1)

GAZA, 16 Nov 2012 – Tentera pengganas rejim Zionis melancarkan lebih 300 butir roket dari udara, laut dan darat ke bumi Gaza. Terkini, 19 warga Gaza manakala hampir 200 lagi tercedera. Keganasan Zionis bukan lagi suatu aksi kejahatan yang terselindung. Namun media ternama dunia, baik BBC mahupun CNN, dengan segala muslihat mereka berjaya menutup pandangan …

30 Serangan Udara Dalam Tempoh 30 Minit (Foto Siri 2)

30 Serangan Udara Dalam Tempoh 30 Minit (Foto Siri 2)

GAZA, 16 Nov 2012 — Tentera rejim Zionis meneruskan serangan ke atas penduduk awam Gaza awal pagi ini, dengan melancarkan lebih 30 serangan ke lokasi-lokasi berbeza dalam tempoh kurang dari 30 minit. Sumber media di Gaza melaporkan rentetan serangan tersebut menyasarkan kawasan awam, termasuk bangunan Kementerian Dalam Negeri dan sekolah yang dikendalikan oleh United Nations …

Rakyat Bantah Serangan Zionis Ke Atas Gaza

Rakyat Bantah Serangan Zionis Ke Atas Gaza

KUALA LUMPUR, 16 Nov 2012 – Satu perhimpunan aman memprotes serangan ketenteraan Zionis ke atas rakyat Gaza telah berlangsung di depan Kedutaan Amerika bermula 1.45 petang tadi sejurus selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat. Perarakan yang bermula dari depan kompleks Tabung Haji di sini berjaya menghimpunkan sekitar 3,000 orang, diterajui oleh beberapa buah NGO …

Zionis Perhebat Serangan, Sasar Perdana Menteri

Zionis Perhebat Serangan, Sasar Perdana Menteri

GAZA, 14 Nov 2012 – Keganasan tentera rejim Zionis ke atas wilayah Gaza berterusan sejak serangan bertali-arus yang mengorbankan seorang pemimpin tertinggi pasukan pejuang Ezeddeen Al Qassam, Ahmed Al Jabaari. Sejak jam 5.00 petang waktu tempatan, sudah lapan orang warga Gaza terkorban manakala 85 yang lain tercedera. Mereka dikejarkan untuk rawatan di Hospital As Syifa …