fbpx

Masyarakat Dunia Bangkit Menentang Serangan Ke Atas Gaza

Masyarakat Dunia Bangkit Menentang Serangan Ke Atas Gaza

Masyarakat Dunia Bangkit Menentang Serangan Ke Atas Gaza

GAZA, 18 Nov 2012 – Masyarakat prihatin anti-keganasan dari lebih 50 buah negara telah mula melaksanakan demonstrasi besar-besaran menentang pembunuhan kejam dan pembersihan etnik yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas penduduk awam dan hartabenda di Gaza sejak empat hari lalu tanpa hentinya.

Dari Times Square New York ke Dataran Eifel Tower Perancis hinggalah ke Tokyo, penduduk dunia yang sudah muak dengan sikap bongkak Zionis itu berarak penuh solidariti tanpa mengira kaum dan agama dengan memprotes kebisuan pemimpin-pemimpin negara mereka yang membiarkan pembunuhan siang-malam yang Zionis sedang perkosakan ke atas bumi Gaza.

Mereka amat mual dengan sikap Zionis yang cuba menutup aliran keluar berita semasa pengeboman tanpa henti mereka di kawasan penduduk awam dengan mensasarkan wartawan-wartawan perang yang sedang bertugas. Terakhir, sembilan orang wartawan domestik dan antarabangsa telah tercedera bilamana tentera udara Zionis dengan sengaja menembak roket ke arah kompleks tempat mereka bertugas. Salah seorang daripada mereka putus kakinya.

“Zionist is trying to hide the truth by targeting local media agencies in Gaza,” kata sebuah twit yang diterima. Mereka juga menelefon para wartawan Gaza dan mengancam untuk membunuh keluarga mereka jika para wartawan tersebut terus melaporkan keadaan penderitaan yang dialami oleh penduduk Gaza. Usaha buruk berkenaan adalah untuk menutup serta mengasingkan Gaza daripada liputan berita sedunia. Rakaman suara ancaman itu telah direkod oleh wartawan berkenaan sebagai bahan bukti.

Namun di celahan kekalutan itu, penduduk awam Gaza yang tiada tempat selamat untuk berlindung setelah dihujani lebih 900 serangan roket dan bom berbagai jenis tetap teguh berdiri mempertahankan maruah negara dan keluarga mereka. “Amid relentless Zionist bombing, Gaza families huddle together hoping for safety,” berkata sebuah twit dari medan pertempuran.

Salah seorang mangsa terbaru hari ini yang syahid adalah seorang kanak-kanak bernama Tamer Abu Saifan, 3, yang juga kehilangan adik perempuannya Jumana, satu tahun. Keluarga mereka adalah pelarian dari kampung AlFalluja yang telah dirampas oleh Zionis.

Sementara itu, para wartawan perang telah melakukan demonstrasi di luar kompleks Shawa di sini yang baru sahaja dibom oleh pihak Zionis. Mereka membantah pembunuhan rambang orang awam Gaza dan bertekad bahawa mereka akan meneruskan perjuangan mereka tanpa takut dengan ancaman yang dikenakan oleh Zionis itu.

Sementara itu, Bandar Nuseirat the persisiran pantai Gaza turut diserang hebat oleh tentera laut Zionis. Para saksi mengatakan bahawa yang berlaku bukan peperangan tetapi sembelihan dan penyiksaan skala besar-besaran. Ramai penduduk Gaza mendapat panggilan telefon daripada Zionis mengancam untuk membunuh mereka sambil rumah mereka diranapkan sekiranya mereka masih berdegil ingin mempertahankan Gaza. Zionis sedang menggunakan kesemua senjata-senjata dan peralatan ketenteraan yang mereka miliki untuk cuba menawan Gaza. Dilaporkan lebih 75,000 sukarelawan tentera mereka telah dikerahkan memasuki kem untuk sedia berperang.

Namun begitu, rakyat dan pejuang Briged Ezuddin al Qassam di Gaza berkata kepada Zionis bahawa mereka tidak gentar dan mencabar tentera Zionis memasuki daerah mereka untuk diganyang hingga lumat oleh pertahanan Gaza. Lebih 300 roket telah dilancarkan oleh pejuang pembebasan Palestin ke atas Israel hingga menyebabkan kematian serta kerosakan yang teruk kepada peralatan tentera dan awam mereka. Buar pertama kalinya, roket dilepaskan ke arah pusat bandaraya Tel Aviv dan Ramallah di Tebing Barat, dan ini sangat menakutkan serta menghairankan rakyat Israel sendiri yang selama ini menyangka Palestin sebuah negara yang lemah dan miskin.