fbpx

Rakyat Bantah Serangan Zionis Ke Atas Gaza

Rakyat Bantah Serangan Zionis Ke Atas Gaza

Rakyat Bantah Serangan Zionis Ke Atas Gaza

KUALA LUMPUR, 16 Nov 2012 – Satu perhimpunan aman memprotes serangan ketenteraan Zionis ke atas rakyat Gaza telah berlangsung di depan Kedutaan Amerika bermula 1.45 petang tadi sejurus selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat.

Perarakan yang bermula dari depan kompleks Tabung Haji di sini berjaya menghimpunkan sekitar 3,000 orang, diterajui oleh beberapa buah NGO seperti HALUAN Malaysia, Ikram dan Aqsa Syarif.

Delegasi HALUAN telah diwakili oleh Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, Ketua Biro HALUAN Palestin. Beliau bersama dua lagi wakil NGO Islam tersebut telah menyampaikan memorandum bantahan kepada wakil Duta Amerika di atas pembunuhan beramai-ramai yang sedang rancak dilakukan oleh tentera Zionis dengan sokongan negara-negara barat.

Wakil ketiga-tiga NGO berkenaan kemudiannya telah berucap kepada khalayak ramai sebaik berjaya menyerahkan memorandum bantahan tersebut. Perhimpunan aman tersebut bersurai pada jam 2.35pm.


Laporan wartawan MediaHALUAN di lokasi, Khairul Anuar.