fbpx

Nisa’ Perkasakan Mahasiswi Mesir

Nisa’ Perkasakan Mahasiswi Mesir

Nisa’ Perkasakan Mahasiswi Mesir

KAHERAH, 5 Feb 2016 – Kejauhan dari tanahair tidak menghalang mahasiswi di sini untuk berbincang isu-isu kewanitaan kontemporari dan hal-hal kewanitaan amnya demi kemapanan mereka mengharungi cabaran hidup.

Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah mengadakan program Ijtima’ Nisa’ pada 5 Februari lepas di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi’, Kaherah yang telah dihadiri lebih 20 orang peserta perempuan terdiri daripada ahli HALUANSiswa Mesir dan mahasiswi Malaysia yang menuntut di Mesir. Tokoh-tokoh mahasiswi daripada kalangan ahli HALUANSiswa Mesir telah menjayakan program tersebut.

Seminar siri kedua ini telah membincangkan tentang tajuk “The heart is yours”. Ia telah dibentangkan oleh Dr Wan Nur Deeni Wan Ali, seorang graduan perubatan Universiti Tanta dan juga mantan Timbalan Ketua JK Pendidikan HALUANSiswa Mesir.

Program yang lebih bersifat perkongsian motivasi ini antara lainnya menyentuh kembali persoalan ‘who are we’ dan ‘where and why are we here now’. Para mahasiswi juga diingatkan untuk tidak pernah meletakkan noktah putus asa, sepertimana tidak pernah jantung di dalam tubuh berputus asa membekalkan darah ke seluruh tubuh.


Laporan Nur Imanina Shahrudin, HALUANSiswa Mesir