fbpx

Realiti & Cabaran Buat Asatizah

Realiti & Cabaran Buat Asatizah

Realiti & Cabaran Buat Asatizah

KAHERAH, 5 Feb 2016 — Lebih 50 orang ahli Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Mesir dan mahasiswa Malaysia yang menuntut di sini khususnya dalam bidang pengajian Islam telah hadir di program Asatizah siri 2 pada 5 Februari lepas.

Program anjuran HALUANSiswa Mesir itu berlangsung di Markas HALUANSiswa Mesir di sini. Objektif wacana ilmiah ini adalah untuk mendedahkan golongan asatizah ataupun mahasiswa pengajian Islam tentang realiti dan kerjaya dalam bidang pengajian Islam.

HALUANSiswa Mesir telah menjemput Ustaz Syihabudin Ahmad, seorang ahli Alumni HALUANSiswa Mesir untuk mengupas berkenaan isu Asatizah: Antara Realiti, Cabaran dan Masa Depan. Beliau juga merupakan pengasas Mauizah Resources dan Editor Syariah bagi Kemilau Publika.

Beliau menjelaskan tentang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan pengajian Islam termasuklah menceburi dunia pendidikan, peguam syar’ie, penterjemahan, penulisan dan lain-lain.

Selain itu, beliau turut berkongsi tentang cabaran dan realiti semasa bagi mahasiswa Islam bila pulang ke Malaysia. Moga para mahasiswa mendapat manfaat sebaiknya dari perkongsian beliau. HALUANSiswa Mesir merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Syihabudin di atas kesudian beliau bersama kami.


Laporan Mohd Afham Mohd Ariff, HALUANSiswa Mesir