Berita

HALUAN Bantu Anak-Anak di Gaza Teruskan Pendidikan

HALUAN Bantu Anak-Anak di Gaza Teruskan Pendidikan

GAZA, 30 Dis 2024 — Di tengah-tengah Kem Pelarian Dair Al Balah di Gaza yang terus dilanda serangan dan kepungan tentera penjajah zionis, sebuah projek pendidikan hasil kerjasama antara International Educational Scientific and Cultural Organisation (iESCO) dan HALUAN kini membawa sinar baharu kepada 100 kanak-kanak yang terjejas. Dengan pendekatan bantuan yang menyeluruh, termasuk pendidikan, pemakanan, …

Mega Street Dakwah Semai Nilai Islam Demi Keharmonian Multikultural

Mega Street Dakwah Semai Nilai Islam Demi Keharmonian Multikultural

SEREMBAN, 21 Dis 2024 – HALUAN cawangan Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Mega Street Dakwah di sekitar kawasan Seremban 2 termasuk City Park, Palm Mall, dan Terminal One Seremban. Program ini bertujuan memperkenalkan ajaran Islam kepada masyarakat bukan Islam secara mesra, menggunakan pendekatan Street Dakwah yang menghargai dan menyentuh hati pelbagai lapisan masyarakat. Program berkenaan …

Siswa UPSI Santuni Orang Asli Melalui EduConnect@Air Banun

Siswa UPSI Santuni Orang Asli Melalui EduConnect@Air Banun

GERIK, 15 Dis 2024 – Seramai 60 orang siswa dan siswi daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah turun padang bersama sukarelawan HALUAN Malaysia dalam satu program khidmat bakti yang memberi impak besar kepada komuniti orang asli di Kampung Air Banun dan Kampung Sungai Raba di sini semalam. Program “EduConnect@Air Banun” berkenaan merupakan salah satu …

UTeM Terus Bersolidariti Bersama Palestin

UTeM Terus Bersolidariti Bersama Palestin

DURIAN TUNGGAL, MELAKA, 12 Dis 2024 – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sekali lagi mengadakan program kerjasama dengan HALUAN cawangan Negeri Sembilan dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat kampus mengenai isu Palestin dalam kalangan warga universiti. Program bertajuk “UTeM Terus Bersolidariti Bersama Palestin” telah diadakan di Pusat Islam UTeM di sini semalam. …

Sukarelawan HALUAN Sertai Kursus Intervensi Bencana dan PFA

Sukarelawan HALUAN Sertai Kursus Intervensi Bencana dan PFA

BANDAR BARU BANGI, 9 Dis 2024 – Seramai 33 orang aktivis dan sukarelawan kemanusiaan terdiri daripada 16 lelaki dan 17 wanita telah mengambil bahagian dalam Kursus Intervensi Bencana dan Psychological First Aid (PFA) yang diadakan di Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL) semalam. Kursus tajaan Yayasan TM (YTM) ini dianjurkan bersama oleh HALUAN Malaysia dan …

Pelajar Mendapat Pendedahan Awal Aktiviti Dakwah

Pelajar Mendapat Pendedahan Awal Aktiviti Dakwah

SHAH ALAM, 28 Nov 2024 – Dakwah sering dianggap sebagai tugas yang berat dan membebankan oleh sebahagian masyarakat yang kurang memahami konsepnya. Sebagai langkah pertama untuk mengubah persepsi tersebut, aktivis HALUAN telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka dalam aktiviti dakwah di Sekolah Menengah Ibn Khaldun (SMIK) di sini semalam. SMIK adalah sebuah sekolah swasta yang …

HALUAN Teroka Kerjasama dengan JAIPk untuk Memperkasa Komuniti Orang Asli

HALUAN Teroka Kerjasama dengan JAIPk untuk Memperkasa Komuniti Orang Asli

IPOH, 27 Nov 2024 – Dalam usaha berterusan untuk memperkasakan dan membantu golongan terpinggir, HALUAN ini mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sini, semalam. Kunjungan tersebut adalah dalam rangka bertukar pandangan dan memperkukuhkan komitmen bersama untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi golongan asnaf dan masyarakat orang asli. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua …

HALUAN Dihargai atas Usaha Pengurusan Mualaf di Negeri Sembilan

HALUAN Dihargai atas Usaha Pengurusan Mualaf di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 21 Nov 2024 – Usaha gigih dan komitmen HALUAN Cawangan Negeri Sembilan dalam menyantuni mualaf telah mendapat penghargaan daripada kerajaan negeri, khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Penghargaan tersebut telah disampaikan dalam majlis perasmian Konvensyen Mualaf Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan di sini, semalam. Ketua Biro …

HALUANITA dan IESCO Bincang Bantuan Untuk Wanita Gaza

HALUANITA dan IESCO Bincang Bantuan Untuk Wanita Gaza

BANDAR BARU BANGI, 16 Nov 2024 – HALUANITA telah menerima kunjungan rasmi daripada wakil International Educational Scientific and Cultural Organization (IESCO) di Pejabat HALUANITA di sini semalam. Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan cadangan projek bantuan khusus untuk wanita Gaza. IESCO adalah sebuah institusi yang menyatukan usaha dalam memajukan pendidikan, sains, dan kebudayaan, dengan memanfaatkan kepakaran khusus …

Karnival Imaratul Masjid Tarik Komuniti Setempat

Karnival Imaratul Masjid Tarik Komuniti Setempat

KUALA TERENGGANU, 16 Nov 2024 – Karnival Imaratul Masjid yang berlangsung selama dua hari di Masjid Kampung Laut di sini berhasil menjadi platform memperkukuh hubungan masyarakat dengan institusi masjid. Dengan tema “Akal Sihat, Jiwa Sejahtera”, karnival berkenaan dipenuhi pelbagai aktiviti menarik termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, qiamullail, kuliah subuh dan maghrib, gotong royong, pameran kesihatan, dan …