fbpx

Sertai Sukarelawan

AYUH BERSAMA MENDIDIK & BERBAKTI

HALUAN berbakti kepada masyarakat dengan bersandarkan kepada komitmen serta jatidiri ahli-ahli dan para sukarelawannya. Sukarelawan-sukarelawan itu perlulah ikhlas dalam mengorbankan keselesaan, masa dan wang ringgit serta berkongsi apa jua bentuk tenaga, kepakaran dan pengalaman, tanpa mengharapkan balasan atau penghargaan dari mana-mana pihak.

Individu yang berminat boleh menjadi sukarelawannya. Sebagai seorang sukarelawan yang mewakili HALUAN dalam mana-mana projek kemasyarakatan atau misi bantuan, beliau hendaklah sentiasa :

Visi & Misi

Visi & Misi

Memahami dan memikul sepenuhnya misi dan visi HALUAN;

Akhlak

Akhlak

Mengamal akhlak universal Islam dan mematuhi semua undang-undang setempat, berpegang kepada Kod Etika HALUAN dan mana-mana badan yang berkenaan, dan menghormati adab-adab setempat dan prinsip kemanusiaan sejagat;

Bertanggungjawab

Bertanggungjawab

bertanggungjawab penuh terhadap HALUAN, para penyumbang yang meletakkan amanah dan harapan melalui sumbangan mereka, majikan, rakan sepasukan, dan lebih-lebih lagi mereka yang menerima bantuan atau khidmat;

Keikhlasan

Keikhlasan

Menjalankan aktiviti kesukarelawanan dengan penuh keikhlasan, kasih sayang, profesional, teliti dan peduli;

Kesihatan Diri

Kesihatan Diri

Menjaga kesihatan dan keselamatan diri dan juga stamina fizikal dan mental; dan

Kemahiran Diri

Kemahiran Diri

Mempertingkat kemahiran diri melalui pelbagai kursus dan latihan berkaitan.

Ada kemusykilan? Hubungi kami di talian +60389268892

We are always here to help the needy peoples any where in the world.