fbpx

Kluster Perkhidmatan

Perkhidmatan HALUAN dikategorikan dalam enam kluster yang saling berkaitan:

Kluster 1 - Pendidikan
Kluster 2 - Dakwah
Kluster 3 - Profesional dan Agensi
Kluster 4 - Kebajikan dan Kemanusiaan
Kluster 5 - Pemuda, Sukan dan Rekreasi
Klusrer 6 - Wanita dan Pembangunan Keluarga

Kluster 1 - Pendidikan
  • Kelab Guru HALUAN - program pemantapan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran guru dan pengurusan sekolah.
  • Kelab Siswa HALUAN (HALUAN Siswa) - program pembangunan modal insan dan pendidikan di institusi pengajian tinggi.
  • Program motivasi, ceramah kesedaran dan intervensi di institusi pendidikan.
  • Khidmat psikologi dan kaunseling.
  • Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI) - pembentangan hasil-hasil kajian di institusi pengajian tinggi berkaitan bidang sains sosial, sains, kejuruteraan dan komputer.
  • RETREAT- Program pemantapan kepimpinan mahasiswa.
  • Youth Assembly for Change and Empowerment (YouthACE) - program membimbing remaja mengorak langkah ke arah yang lebih baik di alam pengajian tinggi.
  • Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja (iJDK) - kursus intensif persiapan lepasan SPM untuk memasuki fasa pengajian tinggi atau pekerjaan.
  • Hijrah Menara Gading (HiMEGA) - program khas untuk pelajar lepasan SPM, STAM dan STPM untuk persiapan memasuki insitusi pengajian tinggi.
  • Program Cemerlang Akademik dan Sahsiah Terpuji (ProCAST) - program pemantapan akademik dan sahsiah khusus untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5.
  • Kem Minda Kreatif (KMK) - program pendidikan dan pembangunan diri khusus untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3.
  • Kem Anak Soleh (KASeh) - program pendidikan dan pembangunan diri khusus untuk pelajar sekolah rendah di musim cuti sekolah.
  • Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) - menyediakan pendidikan asas dan kemahiran hidup serta kesukarelawanan untuk anak-anak tercicir di pedalaman Sabah.
  • Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan Institusi Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) - mengurus pendidikan tinggi dalam bidang perniagaan, teknikal dan pengajian Islam termasuk melalui kursus-kursus francais universiti awam.
  • Program pembangunan modal insan untuk pelajar Malaysia di luar negara.
Kluster 2 - Dakwah
  • Program pendidikan dan kesedaran untuk masyarakat Islam melalui kuliah secara bersemuka ataupun dalam talian.
  • Kelas pendidikan berfokus untuk mualaf.
  • Pendidikan dan kebajikan mualaf, orang asli dan bukan Islam.
  • Kursus perbandingan agama.
  • Dakwah jalanan.
  • Kerjasama dengan NGO dan agensi kerajaan dalam program dakwah dan kebajikan mualaf dan bukan Islam.
  • Pengambilan dan latihan sukarelawan.
Kluster 3 - Profesional dan Agensi
  • Kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, badan korporat, NGO dan media.
  • Seminar kepimpinan organisasi.
  • Program keusahawanan.
  • Meneroka peluang dana dan geran kebajikan.
Kluster 4 - Kebajikan dan Kemanusiaan
  • Kerjasama bantuan kemanusiaan dengan agensi kerajaan dan NGO.
  • Bantuan bencana dan sosio-ekonomi golongan memerlukan dalam negara.
  • Bantuan kemanusiaan di luar negara, melibatkan sektor pendidikan, penempatan sementara, perubatan, keperluan dan infrastruktur asas serta pemulihan sosio-ekonomi komuniti.
  • Program kesedaran, misi bantuan dan solidariti untuk Palestin.
  • Kursus kemahiran dan pengurusan kebajikan dan kemanusiaan.
  • Ibadah korban tahunan dalam dan luar negara.
  • Sejuta Barakah Ramadan (SBR) - kempen sumbangan dana sepanjang Ramadan untuk bantuan golongan yang memerlukan atau projek kemanusiaan dan kebajikan di dalam dan luar negara.
  • Asrama HALUAN Penyayang (AHP) - menempatkan anak-anak yatim dan miskin, memenuhi kebajikan, penginapan dan pendidikan.
  • Pusat Penjagaan Komuniti Rohingya (RCEC) - menyediakan pendidikan untuk anak-anak dan pusat komuniti untuk pelarian Rohingya.
  • Pusat Penjagaan Komuniti Syria (SCEC) di Sanliurfa, Turkiye - menyediakan kemudahan pendidikan untuk anak-anak dan wanita pelarian Syria.
  • Pusat Penjagaan Komuniti Palestin (PCEC) di Kem Ein El-Hilweh, Lubnan - pusat pendidikan dan aktiviti komuniti pelarian Palestin dan Syria.
  • Taski Al-Khansa Syria di Aqrabat, Idlib - pendidikan pra-sekolah bagi lebih 60 orang kanak-kanak pelarian.
Kluster 5 - Pemuda, Sukan & Rekreasi
  • Kerjasama strategik dengan agensi dan pertubuhan belia bagi menjayakan program pembangunan belia.
  • Konvensyen Belia HALUAN (KOBAR) - konvensyen belia dan relawan terbuka kepada belia awam.
  • Sukan Tahunan HALUAN (SukHAL) - acara sukan tahunan kebangsaan.
  • Program riadah dan sukan lokaliti.
  • Aktiviti rekreasi dan sukan lasak.
Kluster 6 - Wanita & Pembangunan Keluarga
  • Kerjasama dengan agensi serta rakan NGO dalam program dakwah dan pembangunan masyarakat, kebajikan, pendidikan dan isu Palestin.
  • Konvensyen Wanita Kebangsaan.
  • Program kemahiran kekeluargaan.
  • Kelab Remaja HALUAN (KeARAH).
  • Kem Personaliti Remaja Puteri (PESONA) - program membina akhlak, jati diri serta memotivasi remaja puteri menjadi generasi yang berbakti kepada masyarakat.
  • Tadika Alim Soleh - program pra-sekolah anak-anak berumur dari empat hingga enam tahun menerusi kurikulum berteraskan tauhid dengan kaedah bermain.