Sumbangan HALUAN kepada masyarakat adalah bersumberkan kepada komitmen dan kualiti ahli dan sukarelawannya. Para sukarelawan perlu ikhlas untuk keluar zon selesa, mengorbankan masa dan wang ringgit serta menyumbang sebarang bentuk tenaga, kepakaran dan pengalaman, tanpa sebarang balasan atau penghargaan daripada mana-mana pihak.
Mana-mana individu yang berminat boleh menjadi sukarelawan kami. Sebagai sukarelawan dalam mana-mana projek komuniti atau misi bantuan, setiap sukarelawan diharapkan untuk membawa nilai-nilai berikut:
Memahami dan memikul sepenuhnya misi dan visi HALUAN
Menghormati serta mengamalkan akhlak Islam universal dan mematuhi semua undang-undang tempatan, mematuhi Kod Etika HALUAN dan mana-mana badan yang berkaitan, dan menghormati adab tempatan dan prinsip kemanusiaan sejagat.
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap HALUAN, penyumbang yang menaruh kepercayaan dan harapan melalui sumbangan mereka, majikan, rakan sepasukan, dan lebih-lebih lagi mereka yang menerima bantuan atau perkhidmatan.
Melaksanakan aktiviti kesukarelawanan dengan penuh keikhlasan, kasih sayang, profesional, teliti dan berhati-hati.
Menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta stamina fizikal dan mental.
Meningkatkan kemahiran peribadi melalui pelbagai kursus dan latihan berkaitan.