Menyediakan mekanisma tarbiah dan kebajikan berterusan untuk ahli dan sukarelawan, serta keluarga mereka.
Bekerjasama dengan semua pihak yang mendukung kepentingan serta nilai bersama.
Berusaha gigih untuk menangani isu-isu yang dominan, terutamanya dalam menyelesaikan masalah sosial, membasmi kemiskinan, memperhebat program pendidikan dan dakwah, menangani krisis kemanusiaan serta menjaga kebajikan, tanpa batasan agama, ideologi mahupun geografi.
Mengamalkan tadbir urus yang baik, amanah dan telus, serta budaya penambahbaikan berterusan dalam semua operasi. Kejayaan misi HALUAN sangat bergantung kepada kepercayaan semua pihak berkepentingan, termasuk ahli dan masyarakat awam, melalui dukungan dan sumbangan mereka.