Projek bantuan kemanusiaan dan sosial adalah sebahagian daripada aktiviti utama HALUAN. Di peringkat domestik, sukarelawan kami bekerjasama dengan agensi kerajaan dan masyarakat setempat untuk usaha bantuan dan pemulihan mangsa banjir semasa musim tengkujuh.
Misi bantuan rasmi dan tersusun kami untuk membantu komuniti tempatan bermula pada tahun 2004, apabila bencana banjir besar musim tengkujuh melanda kawasan selatan Semenanjung terutamanya Batu Pahat, Kluang dan Segamat.
Kami menggerakkan sukarelawan untuk usaha pemulihan awal, termasuk
- makanan, pakaian dan pengagihan air, sanitasi dan kit kebersihan diri (WASH),
- motivasi dan pemulihan trauma untuk kanak-kanak,
- pembersihan rumah dan bangunan awam,
- pengagihan air bersih kecemasan, dan
- kerjasama dengan agensi kerajaan di pusat pemindahan sementara terutamanya dalam perkhidmatan perubatan.
Internationally, HALUAN cooperates with international NGOs to help relief work for the victims of natural disasters and war conflicts since 2002. Our engagements include delivering basic needs including food, clothing and shelter, conducting educational and health services, and organising solidarity campaigns.