fbpx

Remaja Turkiye Tiba di Malaysia Untuk Program Pertukaran Pelajar

Turkish Teenagers Arrive in Malaysia for Student Exchange Program

Remaja Turkiye Tiba di Malaysia Untuk Program Pertukaran Pelajar

SEPANG, 15 Jan 2025 Delegasi 13 orang pelajar cemerlang dari Fetih Sultan Mehmet International Imam Hatip School di Turkiye tiba di Malaysia hari ini untuk menyertai Students Exchange Program 2025 (STEP '25).

Ketibaan mereka yang diiring Pengetuanya, Encik Kenan Aksoy, bersama seorang guru Bahasa Inggeris, Encik Ramazan Karaciray, disambut Ketua Biro Hubungan Antarabangsa HALUAN Malaysia merangkap Pengerusi STEP '25, Encik Nordin Endut, serta Setiausaha STEP '25, Cikgu Saadan Omar.

STEP '25 yang akan berlangsung selama 15 hari bertujuan mengukuhkan kemahiran Bahasa Inggeris para peserta yang akan turut disertai oleh remaja Malaysia selaku rakan pengiring. Ia memberi mereka peluang berharga untuk memahami keunikan budaya serta kehidupan masyarakat Malaysia selain memantapkan komunikasi dalam bahasa Inggeris. Selain itu, program ini juga dirancang untuk membantu membina jati diri pelajar dalam persediaan untuk menjadi pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan.

Sepanjang program ini, para pelajar akan terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun oleh HALUAN bersama sekolah-sekolah di bawah kelolaannya. Peluang ini akan juga membuka ruang bagi pertukaran idea dan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepelbagaian budaya di Malaysia.


Laporan Muhammad Mus’ab Sa’ari
Setiausaha Kerja Kanan
HALUAN Malaysia