Anda Calon SPM 2024? Jangan Lepaskan Peluang Sertai iJDK dan Rancang Masa Depan Anda!
BANDAR BARU BANGI, 5 Jan 2025 – Apa perasaan anda bila akhirnya tamat peperiksaan SPM? Lega, kan? Tapi persoalannya, apa langkah seterusnya? Bercuti dan healing memang seronok, tetapi bagaimana kalau anda boleh memanfaatkan masa itu untuk sesuatu yang luar biasa? iJDK 2025 adalah jawapannya!
Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (iJDK) kembali dengan modul yang direka khas untuk mempersiapkan anda melangkah ke dunia baharu selepas persekolahan. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2009, lebih 5,000 lepasan SPM telah mendapat manfaat besar daripada kursus ini. Sekarang giliran anda pula!
iJDK 2025 akan berlangsung selama enam hari lima malam dari 6 hingga 11 Februari 2025 di empat lokasi menarik:
Zon Utara
Kompleks Rakan Muda Kampar
Jalan Kampung Tersusun Batu Putih
31900 Kampar, Perak.
Zon Timur
Rumah Penyayang Tun Abdul Razak (RPTAR)
Lot 324, Kampung Ulu Parit
26600 Pekan, Pahang.
Zon Tengah
YADIM Training Centre
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Lot 655
Jalan Agrotek, Jalan Kampung Sungai Semungkis, Batu 14 1/2
43100 Hulu Langat, Selangor.
Zon Selatan
Nurjannah Riverfront Camp (dahulunya Merbah Eco-Resort)
No. 3, Jalan Benteng Kanan
82200 Benut
Pontian, Johor.
Dengan hanya RM350, anda akan dapat menyertai aktiviti yang akan mengubah hidup anda, termasuk:
- Skill Gajet & Etika Siber: Jadikan telefon pintar anda alat yang bermanfaat sebelum dan semasa masuk IPT, bukan sekadar hiburan.
- Kemahiran Khidmat Masyarakat: Alami bagaimana anda boleh memberi impak kepada pelbagai komuniti yang memerlukan pembelaan.
- Kecergasan & Rekreasi: Tingkatkan stamina dan nikmati cabaran fizikal yang menyeronokkan.
- Tadabbur Al-Quran: Temukan ketenangan dan panduan untuk hidup lebih bermakna.
- Hijrah Menara Gading: Persediaan mental dan emosi untuk melangkah ke IPT.
Mengapa Anda Perlu Sertai iJDK?
- Aktiviti Menarik & Serba Interaktif: Tiada kebosanan, hanya pengalaman menyeronokkan yang akan mengajar anda banyak perkara penting.
- Bina Jaringan Sosial Baharu: Jumpa rakan-rakan dari seluruh negara yang mungkin akan menjadi kawan seumur hidup anda selepas ini!
- Persiapan untuk Masa Hadapan: Tingkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, dan ketahanan mental anda.
- Gunakan Telefon Pintar Anda Secara Produktif: Modul kami menggunakan teknologi untuk pembelajaran interaktif.
Apa Akan Berlaku Jika Anda Tidak Merancang Selepas SPM? Hidup tanpa perancangan boleh membawa kepada:
- Kehilangan Masa Berharga: Masa selepas SPM adalah peluang terbaik untuk membina asas kukuh sebelum memilih dan memasuki IPT atau dunia pekerjaan.
- Rasa Tertekan & Tidak Bersedia: Melangkah ke peringkat baharu tanpa persediaan mental dan emosi boleh membuatkan anda seolah hilang arah.
- Peluang Terlepas untuk Belajar & Berkembang: Anda mungkin terlepas peluang berharga untuk meningkatkan diri melalui aktiviti bermanfaat seperti yang ditawarkan di iJDK.
Kami tahu bahawa hidup selepas sekolah adalah satu perubahan besar. Jangan biarkan ia mengejutkan anda! iJDK adalah ruang selamat di mana anda boleh belajar, berkembang, dan mempersiapkan diri untuk dunia luar.
Peluang Emas Ini Menanti Anda!
Sertai sekarang dan mulakan perjalanan anda ke arah menjadi individu yang lebih yakin, berdaya saing, dan berkarisma. Daftar segera di pautan ini: http://i-jdk.haluan.org.my
Kami tak sabar untuk berjumpa anda di iJDK 2025. Jangan lepaskan peluang ini untuk membina halatuju diri anda dengan lebih baik!
—
Laporan Bahagian Media
HALUAN Malaysia