fbpx

JDK Johor Santuni OKU, Warga Emas

JDK Johor Santuni OKU, Warga Emas

JDK Johor Santuni OKU, Warga Emas

JOHOR BAHRU, 20 Dis 2016 — Peserta Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (JDK) Johor telah mendapat peluang merasai pengalaman mengurus golongan OKU dan warga emas semasa aktiviti di bawah Modul Khidmat Masyarakat.

Seramai 80 orang peserta JDK termasuk fasilitator dan urusetia telah bersama-sama menjayakan aktiviti ini. Rumah Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal ini didiami oleh golongan OKU dari pelbagai peringkat umur. Selain itu, rumah kebajikan ini juga mejaga golongan warga emas.

Ahli HALUAN Johor telah menyalurkan sumbangan seperti meja perhiasan batu, anak pokok pisang dan pokok bunga. Para peserta JDK turut melakukan sesi gotong –royong membersihkan kawasan rumah kebajikan tersebut.

Selepas aktiviti lawatan rumah kebajikan dan gotong-royong selesai, pihak rumah kebajikan membuat satu majlis penutup sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan dengan membuat persembahan tarian daripada para penghuni rumah kebajikan tersebut.

Wakil pekerja rumah kebajikan, Encik Rajasegar Anamalley amat berbesar hati dengan sumbangan yang dihulurkan. Mereka berharap agar program-program sebegini kerap dijalankan bagi menghiburkan dan memberi harapan kepada golongan yang kurang bernasib baik itu.


Laporan Qayyim bin Miswan @ Abdul Hakim