fbpx

Rohingnya – Di Hati Remaja

Rohingnya – Di Hati Remaja

Rohingnya – Di Hati Remaja

MARANG, 20 Dis 2016 – Peserta Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (JDK) Terengganu telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan sesi ramah mesra bersama penduduk Rohingnya yang menetap di Terengganu khususnya.

Program yang diketuai Encik Ahmad Jamil Muda tersebut membawa peserta remaja memasuki sebuah kampung di Rusila di mana majoriti penduduknya adalah pelarian Rohingnya. Turut hadir ke program ini ialah Encik Ishak Yusoff, YDP HALUAN Terengganu.

Antara tugasan utama yang peserta jalankan termasuklah merekod maklumat individu sebagai panduan para sukarelawan di masa yang akan datang, seterusnya menjalankan aktiviti gotong-royong di rumah mereka seperti membersihkan halaman rumah dan sebagainya. Selain itu, peserta menyampaikan sumbangan yang berupa keperluan asas kepada mereka. Mereka amat berterima kasih dan sangat menghargai sumbangan yang diberikan.

Para sukarelawan HALUAN turut merasa terharu apabila mendengar luahan mereka tentang keadaan saudara mereka di Rohingnya yang diseksa dan dibunuh dengan kejam. Apa yang dapat kami rasai adalah kehadiran kami memberi suntikan semangat yang berharga bagi mereka untuk terus hidup.

Ayuhlah sama-sama kita meringankan beban mereka. InsyaAllah keprihatinan kita membantu mereka akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Untuk membantu rakyat Rohingya di Rakhine dan pelarian di Malaysia, anda boleh menyumbangkan derma melalui HALUAN dengan cara bank-in ke akaun berikut:-

Nama Akaun: Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
Akaun No.: 5622 6350 2611
Bank: Maybank

Sila email slip/resit sumbangan dengan tajuk [Rohingya] ke unit.kewangan@haluan.org.my


Laporan oleh Muhammad Afiq Zaki, AJK Multimedia JDK Terengganu