fbpx

HALUAN Pulau Pinang dan KHF Ziarah Takziah ke IPSI

HALUAN Pulau Pinang dan KHF Ziarah Takziah ke IPSI

HALUAN Pulau Pinang dan KHF Ziarah Takziah ke IPSI

IPSI0PULAU PINANG, 12 Apr 2014 – Kebakaran yang mengakibatkan kerosakan teruk tingkat pentadbiran bangunan Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) Malaysia di Jalan Argyll di sini pada 7 April lepas mendapat perhatian pihak HALUAN Pulau Pinang.

Satu rombongan yang terdiri daripada HALUAN Malaysia Pulau Pinang dan Kelab Haluan Fitrah (KHF) telah melakukan lawatan takziah kepada persatuan berkenaan yang banyak melaksanakan kerja-kerja dakwah kepada golongan non-Muslim. HALUAN Pulau Pinang diwakili oleh Encik Che Ani Hashim selaku YDP HALUAN negeri manakala KHF diwakili oleh pengerusinya, Dr. Jamaluddin James Laeng Abdullah. Turut serta adalah beberapa orang ahli jawatankuasa HALUAN negeri dan daerah dari “Reverts & Islam Information Centre (RISE),” sebuah pusat pengajaran mualaf dan non-Muslim milik KHF yang terletak di Parit Buntar.

Kebakaran di tingkat tiga bangunan itu dipercayai berpunca daripada litar pintas pada kotak suis CCTV dan seterusnya merebak ke kotak suis kekunci utama elektrik. Kerugian ditaksirkan lebih RM150,000. Dalam rangka membantu dan memupuk ukhuwah yang harmoni serta mengeratkan siraturrahim dengan IPSI, HALUAN telah menghulurkan sedikit derma untuk membantu persatuan berkenaan membaik pulih aras pentadbirannya yang merupakan nadi operasi dakwah mereka. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Che Ani.

Kepada orang awam yang ingin turut menderma dalam bentuk kewangan, boleh menyalurkan derma anda terus kepada akaun Bank Islam atas nama “Islamic Propagation Society International (IPSI)” atau “Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa” bernombor 07025010021464.