fbpx

Remaja Puteri TerPESONA di Putrajaya

Remaja Puteri TerPESONA di Putrajaya

Remaja Puteri TerPESONA di Putrajaya

Putrajaya, 24 Mei 2014 – Seramai 160 remaja perempuan dari 43 buah sekolah di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor telah menghadiri. Kem Personaliti Remaja Puteri (PESONA) Siri 1 2014 di Masjid Putra, Putrajaya pada 23 hingga 25 Mei 2014 lalu.

Bertemakan “Siapa DIA dihatiku”, program popular tersebut telah meraih peserta terdiri daripada remaja puteri yang berumur sekitar 13 hingga 17 tahun. Ia adalah anjuran bersama Biro Haluanita dan Masjid Putra, Putrajaya berobjektifkan untuk memberi pengenalan dan pemahaman hakikat penciptaan manusia kepada peserta, seterusnya diharapkan akan melahirkan kesedaran kalangan peserta untuk menjadi muslimah yang mempunyai jati diri dan matlamat sebagaimana yang Allah kehendaki.

Kem komandan Cikgu Masruroh Aminah Koharuddin, seorang lulusan bidang saikologi, telah meneruskan hari pertama dengan beberapa aktiviti Ice Breaking.

Pada hari kedua, program dimulakan dengan Majlis Perasmian dan alu-aluan oleh Ketua Biro Haluanita, Puan Alfiah Samingan. Kata beliau, Haluanita telah menganjurkan Pesona sejak 2008 lagi dan setiap program mendapat sambutan yang hangat daripada murid dan juga pihak sekolah. Ini kerana pengisian program mampu memberikan kesan yang positif kepada peserta dalam mencorakkan keperibadian mereka ke arah yang lebih mantap.

Seterusnya, tiga slot motivasi yang menarik dihidangkan kepada peserta. Motivasi pertama disampaikan oleh Puan Yong Khasimah Sabaruddin bertajuk “Siapa DIA dihatiku?” diikuti dengan slot motivasi kedua yang disampaikan oleh Ustaz Adni Abdul Razak, seorang lulusan bidang fiqh dari Jordan dengan tajuk “Kenapa Dia?”.

Slot motivasi ketiga diadakan pada malam kedua telah disampaikan oleh Encik Mohd Razali Maarof yang bertajuk “What’s Next?”. Sesi Latihan Dalam Kumpulan(LDK) telah diadakan pada petang hari kedua menyaksikan kreativiti peserta dalam membuat persembahan yang sangat menarik dan berkesan. Aktiviti outdoor “si ulat bisu” yang bertujuan menguji kepercayaan sesama ahli kumpulan dan keperluan komunikasi berkesan berjaya menarik perhatian semua peserta. Sementara menungu waktu Isyak, satu perkongsian yang sangat menarik tentang remaja puteri contoh iaitu Aisyah Abu telah disampaikan oleh Puan Norhaiza Nordin melalui slot sirah.

Pada hari terakhir, treasure hunt yang merangkumi lima checkpoint telah diadakan di sekitar kawasan masjid Putrajaya. Peserta perlu menjawab dan mencari klu di semua checkpoint yang telah ditetapkan. Pelbagai aktiviti menarik disediakan di setiap checkpoint seperti ‘belon ulat bulu’, berjalan melalui rintangan dengan diikat kaki, kraftangan kain felt dan membuat sandwich. Kesimpulan kepada klu dan jawapan yang dikumpulkan merupakan Rukun Iman yang wajib diimani sebagai seorang Muslimah.

Salah seorang peserta, Nor Izzah Ab Satar, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah berkata, “Saya sangat seronok dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru dari sekolah lain dan sangat gembira, teruja dan bersemangat di sepanjang program ini”.

Program berakhir dengan slot rumusan dan penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh imam besar Masjid Putra, Ustaz Abd Manaf Mat.

Laporan oleh Puan Ummu Hani Mohd Nasaruddin, Setiusaha Kerja Biro Haluanita.