fbpx

Bijak Matematik Tambahan Jadi Popular

Bijak Matematik Tambahan Jadi Popular

Bijak Matematik Tambahan Jadi Popular

BANDAR BARU BANGI, 27 Nov 2015 — “Add Maths Wonderful!”. Inilah slogan yang dilaung-laungkan dalam program Bengkel Matematik Tambahan selama dua hari satu malam yang diadakan di Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur (KTDKL) baru-baru ini.

Program yang dianjurkan oleh KTDKL dengan kerjasama Kelab Guru HALUAN Putrajaya ini disertai oleh 51 orang peserta calon SPM 2016 dari pelbagai buah sekolah.

Pendaftaran peserta bermula seawal jam 7.30 pagi memberi kemudahan kepada ibubapa menghantar anak mereka dalam perjalanan ke tempat kerja. Program dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil KTDKL dan diteruskan dengan pembahagian kumpulan.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Mahmudah Samingan, seorang guru cemerlang Matematik Tambahan dan dibantu oleh Puan Che Azizah Ismail juga merupakan seorang guru berpengalaman. Para peserta bakal calon SPM tersebut telah dibimbing oleh guru-guru tersebut dalam menjawab beberapa soalan yang telah disediakan dalam buku modul program. Mereka jelas teruja dan terangsang dengan kaedah mudah matematik yang telah dikemukakan oleh guru-guru. Ini adalah kali pertama KTD KL melakasanakan bengkel seumpamanya sebagai persiapan untuk mereka menduduki SPM nanti. KTDKL juga menawarkan pelbagai kursus jangka pendek lain untuk keperluan pelbagai lapisan masyarakat.

Program berakhir dengan sesi perasmian penutup disampaikan oleh Puan Siti Mahmudah Samingan dan penyampaian hadiah kepada dua orang peserta terbaik oleh Ketua Eksekutif KTDKL, Nordin Endut.

Para peserta berharap program seperti itu dapat diteruskan dalam sesi kedua dan program subjek lain seperti Fizik dan Matematik Moden turut diadakan sama di masa akan datang.


Laporan Abu ‘Ubaidah Sharudin, pengarah program