fbpx

Ijtima Nisa Kupas Isu-isu Wanita Kontemporari

Ijtima Nisa Kupas Isu-isu Wanita Kontemporari

Ijtima Nisa Kupas Isu-isu Wanita Kontemporari

KAHERAH, 27 Nov 2015 — Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah mengadakan program Ijtima Nisa pada 27 November 2015 di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi’, Kaherah. Program yang julung kali diadakan ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta perempuan yang terdiri daripada ahli HALUANSiswa dan mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir.

Objektif program ini dianjurkan adalah untuk membincangkan isu-isu kewanitaan kontemporari dan hal-hal kewanitaan yang dibentangkan oleh tokoh-tokoh mahasiswi di kalangan ahli HALUANSiswa Mesir.

Ijtima siri pertama ini telah membincangkan Peranan Wanita dalam Perkembangan Islam dan juga Ukhuwah Islamiah (Persaudaraan Islam). Tajuk ini telah dibentangkan oleh Ustazah Naimah Ruzi yang merupakan Graduan Usuludin Universiti Al Azhar dan juga mantan Timbalan Ketua JK Dakwah HSM.

Ustazah Naimah menjelaskan secara terperinci berkenaan peranan wanita dalam melaksanakan dakwah dan tuntutan Islam serta kepentingan ukhuwah islamiah dalam mengukuhkan sebuah organisasi. Menurut beliau, Islam mengangkat golongan wanita dan memuliakan mereka seperti golongan lelaki dalam apa jua perkara. Begitu juga dalam konteks dakwah, sirah Rasulullah SAW jelas menjelaskan bahawa para wanita menjadi tulang belakang penting kepada pergerakan dakwah Rasulullah SAW dan ini terbukti melalui sirah Rasullullah SAW dan isteri baginda, Khadijah RA. Sesi ini mendapat maklum balas yang positif daripada para peserta dan mereka menggunakan peluang sebaiknya dengan bertanyakan pelbagai persoalan bagi memperolehi pencerahan daripada penceramah.


Laporan Nur Imanina Shahrudin, HALUANSiswa Mesir