fbpx

HALUAN Kata Jom Illustrator – Terbuka Untuk Semua

HALUAN Kata Jom Illustrator – Terbuka Untuk Semua

HALUAN Kata Jom Illustrator – Terbuka Untuk Semua

BANDAR BARU BANGI, 27 Nov 2015 — Ini peluang bagi mereka yang sentiasa cemburu bila melihat paparan cantik poster bikinan orang lain di media maya. HALUAN kata, “you too can be beautiful”.

HALUAN dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL) ingin mempelawa anda untuk berani jari menyertai kursus sehari suntuk ini dengan mereka.

Sarapan pagi, makan tengahari, komputer dan perisian akan disediakan. Lokasi bertempat di Makmal Multimedia, Tingkat 3, Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL), Plaza Paragon Point, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Berikut perinciannya:

Kursus Adobe Illustrator Tahap 1 (beginners; tidak perlu pengalaman)
Tarikh: Rabu, 2hb Disember 2015
Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
Yuran: RM120 (Pelajar RM90)

Kursus Adobe Illustrator Tahap 2
Tarikh: Rabu, 9hb Disember 2015
Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
Yuran: RM120 (Pelajar RM90)

Tenaga pengajarnya pensyarah sepenuh masa di KTDKL, berpengalaman lebih lima tahun dalam bidang reka bentuk grafik. Beliau pernah berkerja di agensi pengiklanan yang mengeluarkan bahan promosi untuk syarikat besar seperti Sony, Kelloggs, Kimberly-Clark, Epson, Osram dan lain-lain.

Ramai beranggapan bahawa Adobe Photoshop merupakan aplikasi Adobe tunggal dalam menjalankan proses penciptaan sesuatu reka bentuk digital. Tetapi ramai tidak tahu bahawa kebanyakan agensi pengiklanan besar mengeluarkan bahan promosi untuk pelbagai syarikat gergasi antarabangsa hanya dengan menggunakan Adobe Illustrator sebagai medium dan alatan utama dalam reka bentuk digital mereka.

Oleh kerana namanya “Illustrator”, ramai yang tersalah anggap ia sebagai aplikasi untuk kegunaan melukis, melakar atau mewarna. Hakikatnya, ia lebih dari itu. Berbanding Adobe Photoshop yang merupakan aplikasi pengeditan gambar, Adobe Illustrator mempunyai lebih banyak kekuatan seperti penghasilan imej vector, fail yang lebih ringgan, pemprosesan yang lebih pantas dan integrasi dengan pelbagai format rekabentuk.

Menyedari potensi besar yang dipegang oleh aplikasi ini, kursus Adobe Illustrator tahap 1 & 2 ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai dalam mendalami kemahiran asas dalam menguasai aplikasi ini. Peserta-peserta akan dapat mengenalpasti Adobe Illustrator sebagai satu alat reka bentuk digital yang mudah dikendalikan dan mempunyai potensi besar dalam menghasilkan reka bentuk kemas dan menarik. Reka bentuk yang dapat dihasilkan dengan Adobe Illustrator antaranya adalah logo, poster, flyer, banner dan bunting, brochure dan lain-lain.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera. Tempat terhad kepada 20 peserta sahaja.

Hubungi: Encik Abu Ubaidah di talian 019 423 0353.


Laporan oleh mediaHALUAN