fbpx

i-JDK 2018 Zon 2 Selangor Dirasmikan

i-JDK 2018 Zon 2 Selangor Dirasmikan

i-JDK 2018 Zon 2 Selangor Dirasmikan

SHAH ALAM, 15 Dis 2018 – Seramai 98 orang peserta di kalangan lepasan SPM 2018 telah mendaftar dan turut bersama memeriahkan perasmian Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (iJDK) 2018 tahun ini di Kem Bumi Jati di sini.

Perasmian kursus kali ke-10 itu telah disempurnakan YDP HALUAN Selangor, Encik Zainusham Yusof dan turut dihadiri AJK HALUAN cawangan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Zainusham dalam ucapannya berkata, lepasan pelajar sekolah perlu sedar akan peranan mereka di dalam menjadi modal insan yang dekat dengan kehidupan Islami. Mereka perlu mencorakkan kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Bukan sahaja bermanfaat kepada diri sendiri, malahan bermanfaat untuk ummah.

Peserta datang dari pelbagai daerah sekitar Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan dan mula mendaftar pada 9.30 pagi. Setelah mendaftar, setiap daripada mereka diuji terlebih dahulu kefasihan bacaan al-Quran supaya memudahkan proses pembahagian kumpulan untuk Modul Kemahiran al-Quran.

Objektif iJDK 2018 ialah membentuk jati diri dan semangat kesukarelawanan, mendedahkan pelajar kepada kemahiran berorganisasi, pengurusan dan komunikasi, membina kemahiran pengurusan diri, melahirkan individu yang sayang dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan melahirkan kepimpinan pelajar berwibawa dan berketerampilan.

_
Laporan Mohd Syahidan Kamarudin, JK Media iJDK Zon 2

Peserta lelaki i-JDK Zon 2 2018 bersedia untuk menjalani kursus